Assalamualaikum..
Minggu ni kuat pulak ingatan kat Angah..rindu Angah..lalu ku mengimbas kembali kenangan menghantar Angah balik Dungun..ecece..kemain ayat..macam orang bercinta pulak..Tapi serius rindu sangat kat anak dara no 2 Ummi tu..
Hujung bulan 2 hari tu Angan dah mula Sem 3,misi menghantar anak dara balik Uitm Dungun.Kali ni Ummi dah tak nak bermalam kat Dungun,nak bermalam di Kuala Trengganu pulak.Tukar angin.
Biasanya lepas hantar barang,Angah akan ikut kami balik Homestay,tapi kali ini terpaksa tinggalkan dia sebab kami ke Kuala Trengganu.Kesian pulak.,pagi ahad Angah ada kelas,kalau Umi tidur kat sini..pagi-pagi Abahnya boleh hantar dia pergi kelas.Ini jauh..Kuala Trengganu nak ke Dungun balik semata-mata nak hantar pergi kelas..memang tak la..hihi
Adik beriya-iya bye-bye Angah
Rasa jauh pulak nak sampai Kuala Trengganu dari Dungun.Hotel yang Ummi tempah..betul-betul tengah bandar.Lega sampai bila dah sampai..Nak berehat selepas 6 jam perjalanan.Lepas Asar Ummi keluar.Tak tahu nak tuju mana ..sekali sampai Pantai Batu Buruk.Along pulak tak ikut kami..kawannya yang belajar kat Uitm Kuala Trengganu ajak keluar.
terselit jugak si kecik ni..nak amik gambar berdua pun susah..
Aisy dan Afif seronok main pasir..Abang Aqil tukang tengok.Ummi dan Abah boleh la dating kejap..haha..
Lepas anak-anak main kat situ.Kami pergi makan,time ni teringat dah kak Angah..Apa anakku makan kat sana..harap ada le Cafe buka..senang dia nak cari makan..Padahal masa tunggu boys main..Ummi dah Videocall dengan Angah!
Dah kenyang perut balik hotel..Tapi sebelum tu,sempat beli Sate ikan!nak makan kat Hotel.
Si Along tak balik lagi..tengah terfikir kat dia..Dia dah call..Videocall..tengah lepak-lepak lepas makan.Kawan Along 2 orang..Ezlin dan Zati..tanya Ummi beli tak Sate Ikan?sekali Ummi tunjuk satu plastik Sate Ikan!Kawan rapat Along(Geng Sekolah) 2 orang belajar kat Uitm Dungun..2 orang kat Uitm Penang,Along dan sorang lagi kawan dapat Uitm Shah Alam..Sorang ke India buat Dentist kat sana..tapi rasanya dah bali sambung sini.Semua buat Degree..tercerita pulak pasal Along and the Geng..ya lah..dah lama tak update pasal dia..last dulu kat blog..masa dia masuk Matrik Kuala Pilah.
Malam tu Along tak balik Hotel..tidur Kolej dengan kawan dia.Esok pagi kami plan nak ke Pasar Payang je.Cari makan dan cuci mata..cuci poket sikit..hihi
penat main semalam..tak nak bangun
Afif pon tak nak bangun..sedap tidur
Along ajak bergambar sebelum checkout
Sampai kat Pasar Payang,tak tahu nak makan apa..huhu..tak banyak pilihan bagi Ummi.Time makan banyak ambil video je..so tak de gambar nak tepek..
Lepas makan..barulah cuci mata cuci poket..masing-masing dah dapat apa nak.Masa berjalan menuju ke kereta..nampak orang jual durian..terrbeli la pulak..yang siap packing 3-rm50 D24
Cik Abe bising jugak..sebab nanti busuk dalam kereta..Tapi Ummi cakap nak makan dalam perjalanan ..baru dia diam.
tengok tu..ada jugak si kecik menyelit..
Perjalanan balik Port Klang rupanya banyak persinggahan..bila nak lalu Dungun balik..Ummi rasa nak singgah jumpa Angah.Boleh ajak makan durian sekali..Call Angah..kelas dia dah habis..Yeay..Ummi dapat jumpa Angah lagi..
Kami lepak kat Pantai depan Uitm..makan Durian ditemani angin laut..Lepas makan tu..barulah kami meneruskan perjalan balik.
Sudah cukup Ummi berterobek..Ini pun dah buat Ummi gembira..terasa cam baru je hantar Angah bila coret kenangan tu kat sini.
Jumpa lagi...
~UmiSura