Korang semua pernah perasan tak?perasan bagus ke?cantik ke...?atau memang kita sememangnya bagus atau cantik...boleh ke perasan ni?Itu atas masing-masing punya taksiran..tapi kalau boleh takyah la perasan lebih-lebih..bahaya..takut ramai pulak yang menyampah..
Kisah antara ibu dan anaknya yang perasan..
Semasa menaiki kereta menuju kesuatu tempat..anaknya yang kecil duduk diriba..Anaknya memandang Ibunya lalu mencium ibunya dipipi..semasa mencium dia perasan ada bekas -bekas parut jerawat di pipi Ibunya lantas berkata tak cantik..adik cantik...lalu si ibu bertanya siapa yang cakap adik cantik?oyanglah..(dengan pelat R nyn dan yakinnya)lalu berderailah ketawa dalam kereta itu...
Apa yang korang dapat dari situasi itu...pengajaran bagi Umi(sebab Umi yg terkena) .Jangan selalu memuji kerana anak Umi yg bongsu tu dah kena penyakit perasan...dari baby sampai sekarang ada sahaja yg memujinya..bila Umi cakap abangnya hensom dah potong rambut..dia cakap tak..tak hensom Afif hensom..berkali-kali dia cakap..Dia ingat dia sorang jer encem....betul dah perasan mamat kecik ni..
Rupa yang elok dimanja..jangan dimanja..aa..aa.
Pujalah ia sekadar..sekadar sajaa...
#budak-budak perasan ok lagi..tapi kalau mak budak perasan lebih-lebih?mintak lempang gamaknya..#
inilah budak perasan tu..
rindu saat ni...