Hari ini Umi nak berkongsi resepi Puding Gula Hangus..Memang ramai orang dah masukkan resepi ni di blog2..tapi Umi nak jugak menempel resepi cara aku sendiri..yalah lain tangan lain rasanyakan??..
O.K..mula-mula bahan-bahannya:
- Susu Cair satu tin
- Susu Pekat satu Tin(jangan pakai semua,ikut citarasa nak manis atau kurang)
- 3-4 sudu tepung kastard(kalau suka lembik kurangkan kastard/sebaliknya)
- Gula 2 sudu besar(untuk gula hangus)
- Satu sudu kecil esen vanila
- 5 biji telur ayam(kalau yg besar/gred a pakai 4 jer..)
Panaskan gula didalam loyang dan campurkan sedikit air,kacau sehingga kuning dan tutup.ketepikan.
Pukul telur ayam sehingga kembang,masukkan susu cair 1 tin,susu pekat mengikut citarasa,tak perlu habiskan satu tin sebab nanti manis sangat..kemudian bancuh tepung kastard dengan semangkuk air.(pakai mangkuk saiz biasa)campurkan dengan bahan2 tadi.Akhir sekali masukkan satu sudu esen vanila.Selepas itu tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus tadi.Kemudian kukus selama 45 minit.
Selepas 45 minit,tutup dan biarkan seketika,selepas itu simpan didalam peti sejuk selama4-5 jam.bila nak makan terbalik didalam pinggan besar..sedap dinikmati pabila sejuk..
masa untuk menikmati..nyum..nyum.. |
Anak-anak memang suka puding ni..abahnya pun sama..so pada sesiapa yang belum pernah buat puding ni..boleh la cuba ikut cara umisura..
Selamat Mencuba!!!