Salam Jumaat yang penuh barokah..
Seronoknya semalam cuti..Besday Sultan Selangor..tapi tempat kerja Umi buka..Umi je yang cuti..
Hari ini bersambung lagi kisah Umi sekeluarga di kampung..
Malam sabtu tu anak buah Umi belanja makan malam..Katanya nak bawa kitarang makan kat tempat yang dia selalu pergi..Apa lagi..orang nak belanja..terima jelah..hihi..Selepas maghrib kami bertolak..
antara lauknya..paprik belut..kailan ikan masin dan sup belut
Ais Krim Kelapa
Lai Ci Kang ada telur puyuh!
Anak-anak tak makan belut ..so lauk diarang tak sama ngan kitarang...anak buah pulak makan maggi Tom Yam...Lai Ci Kang pulak ditambah 5 bijik telur puyuh!Umi punya ada satu jer..ok ler tu percubaan..sesuatu yang baru..cam pelik pulak ada telur puyuh!
Menambah makan kami malam tu..biasanya kalau kat rumah control jugak makan..balik kampung ni..banyak ikut nafsu..hehe..lagipun bukan selalu..
Kisah sabtu sudah habis..Tetiba rasa nak abiskan pulak cerita kat kampung..Esoknya kami ke Kota Bharu..tapi tanpa arah dan tujuan..Cik Abe tak tau nak gi mana..Umi cadangkan pegi Pantai Cahaya Bulan..dah lama Umi tak kesana..Sampai jer sana ..perasaan hampa..pantainya dah berbatu..dah dibuat tembok..tak syoknya camni..hanya boleh duduk2 jer kat situ..kami duk dalam sepuluh minit jer kat situ..selepas tu kami balik ke Kota Bharu semula..
Last-last kami jadi pelancong kat dalam bandar..haha..nampak sangat dah lama tak masuk bandar Kota Bharu..Cik Abe pun cam kekok jer bawak kereta..sebab dah banyak berubah..
Bila dah berjalan-jalan..ada jugak yang tersangkut..Umi terrbeli jubah untuk hero 2 orang tu..puas hati..cantik sangat dimata Umi..
Biar gambar pulak berbicara..
Sebelum balik rumah..Cik Abe sempat lagi nak mencari kuih-kuih/makanan Kelantan..Siap tanya orang lagi kat mana..
Sampai je rumah kami berkelah kat beranda..makan-makan hasil tangkapan yang agak banyak petang tu..macam-macam kami beli..cam orang tak pernah tengok kuih..teruja bila tengok ..banyak sangat makanan!
nasi tumpang dan percik perut
Dah panjang n3 ni..stop dulu..sebelum Umi sendiri muntah..
Nak sambung kerja..Bye..:)
#tak sempat nak amik gambar hero pakai jubah