Saturday, November 23, 2013

Melayan Anak-Anak


Sabtu minggu lepas..selepas makan ayam penyet..layan anak2 nak main pulak..si Afif yang nak sangat main..kalau dah sorang makanya semua la main..


                        semua gambo Afif blur.susah nak amik ..benda tu bergerak-gerak..

si abang pun bukan main..

Macam2 yang diarang main..gambonya sikit jelah..puas hati jugak diarang main..sampai berpeluh-peluh....Umi dan En suami pun join sekali..seronok main kat sini walopon tak byk pilihan..sebab tak de orang sangat..kalau kat JJ..berebut-rebut..


Ini Umi nak tepek gak pic 2 minggu lepas..minum petang selepas balik kenduri..

Rasanya seronok  dapat melayan anak2 pada hari sabtu..biasanya hari ahad jer..sesekali dapat peluang bila en Suami tak kerja atau balik awal..memang umi tak lepaskan peluang tu..nak2 anak2 dah lama duk terperap kat rumah..Acapkali Umi balik kerja jer hari sabtu abang Aqil mesti cakap.. boring la Umi..duk rmah jer..maknanya nak ajak keluar la tu..kalau abahnya ada Umi bolehla turutkan..tapi kalau nak harap Umi keluar bawak anak2 tanpa suami.. takdela...malas dan tak suka..

#Hari ni balik kerja Umi nak masak2..si abang nak berkhatan esok.. nak buat pulut kuning sikit.#