Friday, November 28, 2014

Pening Ar Camni..

Bila perlu untuk mencari sesuatu..Umi akan ke kaunter depan..Sempat bersembang sekejap..kadang-kadang terlama jugak..Walaupun tau mesti bos tak suka..Mestilah seronok bila bersembang..tu yang kekadang terlama sikit..Selain dapat menghilangkan bosan .. Yalah duduk sensorang didalam bilik kecil..Boleh buat kita mengantuk..penat tau tutup mulut menguap ni..kejap2 menguap..nasib jugak tak de orang tengok..kalau tak buruk bebenorlah rupanya..asyik ternganga jer mulut..tu pon cepat-cepat tutup.

Walaupon jarang kedepan(kanter)..sesekali umi terperangkap dengan perang mulut orang-orang kat situ..Masing-masing tak nak kalah..menjawap itu ini..Bingit telinga ..tak suka pun ada..Tak nak masuk belah mana-mana..memang pening..bila dah gaduh..boleh bawak kemasam muka..tak bercakap..Kalau Umi memang tak suka bekerja dengan suasana begini..Last-last aku tengok muka engko..ko tengok muka aku..panas dalam..sampai bila?Bersyukur sangat bila difikirkan ada baiknya Umi berseorangan dibilik..kurang bercakap dengan orang..tak de la nak gaduh..Kalau orang nak mengumpat tu ..lantak ler..Aku dengan cara ku dibilik kecilku..

Betul jugak..bila kurang agama..kurang belajar memperbaiki diri..mesti nampak jer kekurangan orang..ada jer tak kena ..bila baik dengan seseorang..dikatanya scandal..Allahu Akhbar..nasib Umi bukan cepat melenting..hanya tersenyum..biarla orang nak kata apa..Kadang-kadang terfikir..kenapa orang susah nak bersangka baik?semuanya negatif..susah betul macam ni..nak bagi tazkirah..siapalah kita ni..

Selalu Umi ingatkan diri..muhasabah diri.Bila difikirkan ..lagi seronok berkawan di alam maya ni..sebab kita tak nampak buruk orang..kita nampak yang baik sahaja..elok juga  macam tu..Jujur Umi cakap..Umi sayang kalian  semua..kawan kawan blogku..




                                                             


 #nah belanja gambar selfie..time boring ginila jadinya#

Perkongsian Di Hari Jumaat.

Assalamualaikum..Salam Jumaat..
Masa duk layan Fb tadi..Umi tertarik satu perkongsian yang sangat baik..
Jadi..Umi kongsikan pula disini..
Sama-sama kita cari kebaikan dan perbaiki diri..



Perkongsian Tausiah Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Habib Umar Al Hafiz.
(Masjid Kubang Kerian)
Syeikh Nuruddin Al Banjari
Mencintai ahlul bait bukan perkara sunat, bahkan diwajibkan kepada kita.
Jika benar kamu kasih kepada Allah maka ikutlah Rasulullah SAW.
Tidak akan beriman kalian sehingga kalian mencintai Nabi SAW melebihi daripada segalanya.
Jangan saling sesat menyesatkan, hasut menghasut, cerca mencerca, mencaci maki.
Tanda kasih kita kepada Nabi SAW ialah dengan mengikut perintah dan sunnah baginda SAW.

Habib Umar Al Hafiz
Orang yang berhimpun di dunia dengan dorongan hawa nafsu, mereka akan dihimpunkan di akhirat dalam keadaan hina dan jauh dari Allah.
Allah telah menggariskan jalan ke syurga begitu juga jalan ke neraka.
Orang yang bertaqwa akan diiringi oleh para malaikat untuk masuk ke dalam syurga dalam keadaan berkelompok, apabila mereka masuk ke dalam syurga maka malaikat berkata "salam sejahtera ke atas kamu".
Berkelompoknya mereka masuk syurga disebabkan ketika di dunia mereka dalam keadaan berkelompok dalam majlis kebaikan.

Hendaklah kita memeriksa isi hati kita masing2 dalam berinteraksi dengan makhluk Allah, kerana niat itulah tempat pandangan, tempat nilaian Allah.
Setiap manusia hendaklah memperhatikan maksud dan matlamatnya dalam suatu perhimpunan tidak kira perhimpunan itu dua orang atau tiga orang atau lebih.
Maksiat itu adalah penyampai (perantara) seseorang itu kepada kekufuran.
Orang yang sebenar beriman hanya tertumpu niatnya hanya kerana Allah semata mata.
Seorang mukmin yang sebenar tidak takut untuk berkata benar walau dikelilingi kamera dan alat2 lain, kerana bagi mereka Allah lah pelindung mereka pada setiap masa.

3 Nasihat Thawus Rah. :
-Takutlah kamu kepada Allah melebihi takut kamu daripada segala sesuatu.
-Hendaklah kamu menumpukan harapan kepada Allah lebih besar daripada kamu takut kepada segala makhluk lain.
-Hendaklah kamu kasih kepada saudaramu seperti mana kamu kasih kepada dirimu sendiri.
Perbanyakkanlah selawat kepada Nabi SAW pada malam dan hari jumaat kerana selawat itu sampai kepada Nabi SAW.

                                                  
                                                  
#sejuk mata bila tengok ramainya orang dalam majlis ilmu begini.#teringin#moga diberi kesempatan masa untuk majlis ilmu begini#