Allahu akbar..AllahuAkbar...
Semalam susah betul nak lelapkan mata..hampir jam 3 pagi baru dapat lelap..memikirkan air yang semakin naik di Tumpat..Talian telefon semalam ok lagi..tapi hari ini memang betul-betul menguji kesabaran..tak dapat nak bercakap dengan mak dan adik..nasib baik dapat lagi berhubung dengan anak buah..dapat bertanya khabar..lega sedikit..
Kawan-kawan sekolah dulu pun masing-masing duk menanya kat wassap..ada yang update berita terkini..ramai yang jauh diperantauan..Kerisauan dilubuk hati masing-masing kian jelas..semua risaukan keadaan keluarga disana..
Pagi semalam air mula naik disekitar bandar Tumpat..air dah setakat betis di depan Masjid Tumpat..dapur rumah mak pon air dah masuk..Bila malam air semakin naik..dalam masjid pun dah penuh..Kampung-kampung belah dalam seperti..Kampung Pok Joh..Kampung Kelong dah pindah..Dapat berita sedih dari sahabat kat Banting..pakciknya meninggal masa nak pindah..kg pok joh..bot terbalik..bila angkat..nafas dah tiada..orang tua..innalillah...
Mata tak dapat menahan air yg terjun laju dipipi..tatkala melihat gambar dan membaca berita tentang mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai..Berita di tv tidak menunjukkan keadaan yang sebenar..hanya 30% peratus sahaja..nasib zaman sekarang ada wassap dan FB(meskipun ada berita yg tak betul)..disitulah kami diperantauan mencari info..keadaan getting worst!Ramai yang terperangkap..kelaparan!Ada yang lari kebukit..elektrik pon dah dipotong disesetengah kawasan..
Rumah kawan Umi pun ada yang nampak bumbung sahaja..bersabarlah sahabat!.Ada hikmah untuk semua.Saudara di Kuching Sarawak mula bertanya khabar mak..mereka pun risau ..kakak kepada mak Umi ada yg menangis risaukan adiknya..semua orang risau..
Kerisauan Umi bertambah..sebabnya Umi tahu jenis mak Umi..sedikit susah untuk memahamkan dia..dia sangat sayangkan binatang2 dia..kita faham itu..sayang binatang..tapi tolonglah faham..anak-anak yang risaukan dia..Semalam..air naik..anak buah Umi ada dirumah tu..bersama 2 orang anak kecil..Umi risau takut air naik paras dada..nanti susah nak pindah..lagi-lagi ada anak kecil..6 bulan dan 2 tahun..Tengah malam baru suaminya amik berpindah rumah mentuanya..Mak umi tak nak ikut..puas dipujuk..
Ada jiran yang menumpang kat rumah mak juga..lega sikit hati..maknanya bukan mak dan adik sahaja kat rumah tu..jiran belakang semua dah pindah...tinggal rumah bahagian depan sahaja yang belum..mentua Umi pun belum berpindah..(rumah mak dan mentua 2 minit jer jln kaki).
Adik ipar Umi masih berniaga lagi...orang ramai kelaparan..kedai-kedai semua tutup..Pagi tadi dapat berita dari sorang lagi anak buah di Kota Bharu..air dirumah mentuanya naik dengan cepat dah paras lutut..handsetnya dah nak abis bateri..letrik takde nak cas..ikat perut..kedai tutup katanya..itulah last kami berwassap jam 8.00 pagi..sekarang Umi tak tau macamana..tak leh call..
Malam ini..malam ini Umi lagi risau..dikhabarkan tadi air semakin naik..kalau malam lagi naik..Allah..risaunya..Dengar cerita di Kuala Krai air dah surut sedikit..air hulu akan turun ke Kota Bharu..Pasir mas dan Tumpat..bersedia semua..
ptg semalam..dlm masjid Tumpat
Pagi semalam..Pasar Tumpat
Depan Masjid Tumpat
pagi tadi..masih berniaga mencari rezeki..
dapur mak... semalam
Pagi semalam
malam semalam
dapur mak mentua semalam..
Pagi tadi tangga depan rumah sudah tidak kelihatan...
Moga Allah selamatkan semua..
mereka semua kelaparan..Sumber:FB I LOVE KELANTAN
pelajar2 UMK yg diarah berpindah..
kesian adik-adik..anak-anak..
#maaf agak panjang n3 ni..Umi tak berkesempatan nak singgah blog sahabat2 semua..Umi busy sangat nak siapkan kerja..esok kena ganti orang..In Sha Allah Umi akan berkunjung kemudian..
last..Umi tersentuh sangat baca ni..korang baca ya..