Thursday, June 12, 2014

Perpisahan Yang Ku Pinta

Assalamualaikum semua..
Sesi meluahkan perasaan lagi..kali ini..

 Perpisahan yang ku pinta..
Tidak tertahan lagi..terseksa..
Walau dihatiku..tak sanggup..
Melihat wajah sucimu membuatkan aku tak mampu..
Untuk cuba berpisah..
Kerana kasihku yang tidak terhingga...
Tetapi kali ini..sudah tiba masanya untuk kita bercerai..
Bercerai susu anakku...Muhammad Afif Darwisy!!

Wahh..bukan main lagi sesi luahan hati ni..nak hilangkan stress la konon...
Sememangnya Umi dah tak tahan..lagipun usianya dah 3 tahun lebih..memang patut pun..risau jugak takut  jadi manja terlebih..Masa dia 2 tahun dulu pernah gak cuba..tapi sebab kesian..maka tak jadi nak berpisah susu..tapi dalam minggu ini..keinginan Umi nak berpisah susu dengan anak bujang ni terasa kuat..dah sampai masanya Umi kena  berkeras hati..(walopon sedih sebenarnya).

3-4 hari lepas Afif demam..semua yang kat rumah Ibu Gayah(pengasuh) demam..patutla...
Bila dia tak sihat..menjadi-jadi nak meneteknya..pantang tercabut dari mulut..terus bangun cari..kadang2 sampai ke subuh..Abahnya pun dah macam bagi hint..suruh bercerai susu..tak sanggup berebut ngan anak le tew  tengok Umi susah nak tido malam-malam dok melayan kerenah Afif ..

Harapnya Umi berjaya buat Afif tak nak t... lagi dah..Umi akan usahakan..


semalam








#ada tip tak macamana nak buat anak cepat lepas bf#umi dah lupa mcmana  umi buat yg dulu2#