Wednesday, April 2, 2014

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Petang ni dengan semangatnya Umi nak berGA..segman dari Ida..Jom kawan-kawan..sama-sama kita memeriahkan GA ni..



Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang - 1 Pemenang
1 Glitter Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014



Selamat Hari Lahir Anakku..

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Muhammad Afif Darwisy..Allah Selamatkan Kamu....Happy Birthday putera bongsu Umi..Hari ini 02.04.14 genap umur Afif 3 tahun..dah besar dah..Alhamdulillah...sihat membesar seperti kanak-kanak lain..walaupun kecil sikit bila dibandingan dengan yang sebaya....tetap syukur..

Hari ini Umi nak abadikan di blog kesayangan ini, pengalaman Umi sepanjang mengandungkan Afif sehingga dia lahir..Masa mula-mula tahu mengandung Afif dulu ..Umi seperti ibu-ibu lain gembira sangat tapi tidak mengharapkan sepenuhnya sebab takut keguguran lagi..  sebelum ini Umi dah 2 kali gugur ..Umi redha dengan dua kali keguguran tu..takpelah takde rezeki..cukuplah tiga orang permata..tapi rezeki yang Allah  telah tetapkan datang lagi..Kali keempat mengandung banyak dugaan..biasanya diawal kehamilan anak dulu-dulu tak pernah nak muntah2 cam orang tapi akhirnya terjadi pada Umi bila mengandung anak keempat.

Bila masuk trimester ke 3..batuk umi menjadi jadi..dulu masa mengandung Angah pun Umi kena tapi tidak seteruk ini..sampai tak boleh tidur..malam hanya 2-3 jam sahaja boleh tidur ..yang selebihnya batuk tanpa henti..Doktor pun pening ngan Umi..macam-macam ubat diberi..last- doc bagi air zam-zam..sebab segala ubat batuk semua tak jalan..ubat batuk herba pun tak jalan..orang cakap minum madu..Umi minum..beli  air yang dibaca ayat2 suci dan dicampur air zam-zam..pun sama..batuk menjadi-jadi..nak-nak time malam..Allahu Akbar ..masa tu hanya Allah yang tahu seksanya Umi..En Somi pun pening dengan masalah batuk Umi..sampaikan dia kata..dah..jangan mengandung lagi..tak sanggup melihat Umi macam ni.. Umi kejap keluar bilik kejap masuk bilik..bila baring jer batuk takleh berhenti..Sampai terkencing-kencing pun ada..En Somi pun tak boleh nak buat apa-apa..hanya kesiankan kat Umi jer.. suruh Umi banyak  bersabar....malam memang tak leh tidur..nasib baik masa tu kerja shif..masa kerja petang..bolehla Umi tidur waktu pagi ..disebabkan itu darah Umi pun naik..tapi tak der la makan ubat darah tinggi sebab doc baru nak pantau ..Umi dah nak bersalin..

Mungkin juga disebabkan batuk yang melampau..Umi bersalin awal..masuk jer 37 minggu 3 hari..Umi dah sakit..macam abangnya jugak..nak keluar awal..Malam itu doc dah check..(sbb dah ada tanda keluar darah coklat sikit.)dah buka tapi tebal lagi doc cakap..Jadi takdelah terkocoh-kocoh nak pergi hospital sebab malas nak berkampung lama-lama kat sana..En Somi masa tu boleh lagi mengajak makan kat kedai sebelah klinik..Umi dah tak de selera dah masa tu..duk seriau pikir nak beranak ..Malam tu cuba untuk tidur..nasib dapat jugak sejam dua..pastu dah gelisah..pukul 3 ajak hubby pergi hospital..Jalan memang clear la masa tu..Bila sampai hospital nurse terkejut sebab bp Umi naik..sampai 200(yg atas)..terus masuk wad..tolaknya pakai katil..biasa pakai wheelchair..sbb darah dah naik istemewa sikit dia bagi..haha..

Bila kat dalam wad ..kejap2 nurse datang check bp Umi..kejap suruh mengiring .kejap baring cam biasa.(masa amik bp)ada sorang nurse..kira pangkat adik dia cakap ngan Umi..dia risau ngan Umi ni..darah tinggi sangat..dia pulak dah nak balik(habis shif)..memang baik sangat adik tu..Doctor kat hospital bagi Umi ubat pastu inject sejarum..masa tu dah nak subuh..Umi pun boleh tertidur sekejap..dalam duk mamai hubby datang bawak kuih..nurse tak bagi hubby kacau Umi..dia suruh rehat..hubby pun keluar..

Dalam pukul sepuluh Umi terjaga...contraction dah mula kuat sikit..tapi sakit kurang..kena masuk bilik check jalan..biasanya bila dijolok rasa sakit..tapi kali ni kurang..Umi tanya doc tu..knape tak sakit?dia cakap sebab tadi dah inject..umi tak pasti dia inject apa..mungkin tahan sakit..diarang nak suruh umi tidur..nak bagi darah ok sikit..masuk pukul 11 kesan ubat dah hilang..baru lah sakit nak beranak bermula..seorang nurse bangsa india duduk dekat Umi sambil memegang perut Umi..nak kira contraction berapa minit sekali..lepas tu Umi duduk la sorang2..en hubby tak ada..dah balik rumah..tengokkan anak2 yang lain.Telefon Umi berbunyi..hello Sura!!kau dah beranak ke belum?tanya kawan umi.. Wati..Aku tengah sakit ni wehh..belum lagi..jawap Umi..Ok..ok..dia terus letak..lepas jer cakap dengan dia..makin menjadik jadi pusingan dalam perut ni..orang katil sebelah panggil nurse..agaknya dia tengok umi dah semacam..doc pecahkan air ketuban..bila dah pecah dalam 5 minit terus rasa nak meneran..bergegas diarang tolak masuk labour room..masa tu katil semua penuh..kena menunggu sekejap..biasa la Hospital Ampuan Rahimah Klang ni memang terlampau ramai orang..bila dah tukar katil..dah amik posisi..terus teran..kali ni amik nafas jugak..dalam 5 minit..jam 12.05 p.m maka lahirlah anak ke 4 Umi..nurse angkat pegang kaki..tunjukkan jantina baby..lelaki..sebenarnya tak berapa surprise dah sebab dah scan..memang clear nampak lelaki..Umi senyum..abang Aqil dah dapat geng...Alhamdulillah..takde koyak tak der jahit...(hanya anak sulong jer jahit yg lain2 tak).

Umi hanya sakit betul-betul dalam2 jam sahaja..alhamdulillah.segalanya dipermudahkan walau pada awalnya darah Umi (bp)naik tinggi..nasib tiada apa2 yang berlaku..yang peliknya bila dah bersalin terus baik batuk umi...Allahhu Akbar..rupanya ujian yang Allah bagi kat Umi masa mengandung Afif..


Rasanya dah panjang lebar Umi menulis kenangan dulu..nanti Afif besar bolehlah baca ya sayang..

Tak lengkap n3 tanpa gambar..layan gambar pulak..

                                                masa ni baru beberapa jam kat dunia..



                                 

Gambar kat bawah ni masa baru habis pantang..



Terima kasih buat yang sudi singgah dan baca karangan yang panjang hari ni..sayang korang semua..muah..muah..

#Semoga Afif menjadi anak yang soleh...Ameen..#