Seluruh rakyat Malaysia berkabung hari ni..Al-Fatihah buat mangsa MH17(yang beragama islam).Sama-sama kita doakan agar roh mangsa ditempatkan dikalangan orang yang mendapat kebaikan.Semoga keluarga yang mendapat musibah diberi kekuatan,semoga juga diberikan ganjaran dan kebaikan disebalik musibah yang berlaku keatas mereka..Amin..
Sememangnya Umi takde hati ada nak mengarang pagi tadi..sedih pun ada..Umi buka tv online tadi.nak mengikuti detik-detik jenazah sampai..terharu rasanya..
Alhamdulillah..semuanya sudah selamat sampai..tinggal bab tu dulu..
Petang ni nak tepek gambar Jumaat lepas..hehe dah basi pon..sebelum pegi PD ..malam tu sempat umi gi JJ..niat nak cari bekas nak buat Triffle yang kawan sekerja tempah..
Apapun kita makan dulu!!
kongsi-kongsi...
Abang Aqil nak sangat makan durian crepe..
dah selamat dimakan satu...
ini cara orang boring duduk..
nak terjun pulak..
Misi malam tu berjaya dapatkan apa yang umi nak..balik rumah jenuh jugak nak siapkan 4 bekas triffle..Afif pulak nak berdodoi bagai time tido..pukul 2 Umi tido mlm tu..
Keesokannya sebelum bertolak ke PD..pergi hantar Triffe dulu..lupa pulak nak snap masa kat rumah..amik dlm kereta jer ..tak berapa cun triffe bila amik camni..
Umi ada suruh kawan snapkan masa dia buat openhouse tapi tak clear jugak..huhu..
Umi buat dua kaler..
Rasa lega bila dapat hantar Triffle ni..Umi dah la tak pernah buat untuk tempahan..tapi sebab kawan..Umi buat la jugak..niat nak tolong jer sebab duit barang2 semua dia kasi..tak sangka pula kawan Umi dan isterinya tu beria nak bagi duit upah..Umi dah cakap nak tolong kawan jer..tapi dah dipaksa suruh amik jugak...rezeki jangan ditolak..
Dalam kereta baru Umi mengintai duit dalam sampul raya yg dibagi tu.. 2 kpg ..rm50..wow..senyum sampai ke telinga..tak sangka upahnya banyak..buatnya tak de la leceh sangat..hihi..syok pulak..saper nak tempah..lai..lai..