Pagi semalam seawal 7 pagi..Umi ,Abah Along,Afif dan Abang dah keluar dari rumah menuju ke pejabat JKK Kampung Raja Uda.Angah macam biasa tak nak ikut..suka duk rumah..tidur atau menonton tv..Sampai kat sana,tak ramai lagi yg datang..jadi duk la menunggu kehadiran semua peserta yang nak berkhatan..Janji jam7...
Seramai 22 orang budak lelaki yang mengambil bahagian dalam acara berkhatan ini.Percuma dari Hospital Pantai .Umi sebenarnya takde niat lagi nak Khatankan abang tahun ni tapi dah terdengar Pantai nak bagi percuma pada budak budak kampung Raja Uda ni..apalagi..terus jelah daftar..Abang Aqil pun setuju..dan suka nampaknya..tak sabar pun ada..
sarapan pagi disediakan oleh jkkkkkkkk
acara pemberian duit.kain pelikat dan goodies
ketua kampung bergambar dengan budak-budak
Selesai acara kat sini..kami semua gerak ke hospital Pantai yang tak sampai 10 minit dari sini..Perginya dengan kereta masing2.
Kat sini pun ada acara jugak..acara pemberian daripada pihak Hospital
Acara bergambar yang tak habis-habis...Sepas itu baru diarang bawak budak2 pergi makan ubat..untuk tahan sakit..
Setelah selesai makan ubat 11 orang budak2 dibawa ke tingkat 2,11 lagi ditingkat bawah..Abang Aqil kena yang tingkat 2..Umi menyusul kemudian.Selepas confirm nama sekali lagi..barulah bermula acara sunat tu..Lama jugak menunggu sorang2 nak keluar..budak yg pertama masuk tu terasa amat lama..nasib baik jugak abang dapat no 5..dan segalanya dipermudahkan..cepat sahaja Doctor tu buat Abang..Abang pun steady jer..tapi tangan abang sejuk yg amat..Umi yang menemani abang..kebetulan si Afif tertido kat kerusi..En Suami tanya Umi saper nak masuk?tentulah Umi..Umi ibunya..taknak lepaskan peluang yg ada..walopon Umi tahu abahnya pun sebenarnya nak masuk..mungkin mengalah dengan Umi..Hanya seorang yg dibenarkan menemani anak.Doctor menyuruh abang baca Fatihah dan berselawat..Umi pegang tangannya dan mengusap rambut serta sama-sama berselawat..
dah selamat..nak balik dah..
boleh senyum2 lagi masa ni..
inilah dia rezeki berkhatan....
Betapa leganya Umi bila abang dah selamat disunatkan..Alhamdullillah segalanya dipermudahkan dan banyak jugak abang dapat pemberian..Terima Kasih kepada Jkkk dan Pantai diatas segala pemberian ini..dah la sunat pun free..macam2 lagi dapat.!!
#n3 panjang mencecah lantai...harap maklum ya..#