Friday, July 18, 2014

Selamat Hari Lahir Buat Bondaku Yang Tercinta.

Sebelum siap-siap pergi kerja tadi..tetiba teringat hari ni harijadi Mak..terus call..nasib berjawap..selalunya susah nak angkat..semalam call pun tak angkat..Lega bila dapat sembang ngan Mak..setengah jam jugak bercoleteh..sebelum minta izin nak bersiap pergi kerja..Mak tak tahu pun hari ni harijadi dia..kira Umi dulu yang wish..

Selamat hari lahir buat mak..semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat mak...panjangkan umur ..limpahkan rezeki.dah 67 tahun dah umur mak..tak sabar nak balik jumpa mak..




Nama mak yang glamer..hihi..orang Sarawak yg dah lama diKelantankan..tapi bahasanya bunyi lain skit bila bercakap..cakap Sarawak pun dah tak boleh..faham tapi tak boleh nak bercakap ngan lancar..adik beradik masih ramai di Sarawak..Macamana mak boleh sampai semenanjung?Arwah abah berkenan sangat dengan mak sampai putus tunang kat kampung..masa tu arwah abah bertugas di Sarawak sebagai British Army..

#bangga campuran Kelantan dan Sarawak#


MH17 di tembak..Berita menyayat hati..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'oun atas berita sangat mengejutkan dan menyayat hati. Pedih melihat paparan gambar pesawat yang berkecai, MH17 yang membawa 295 orang dilaporkan 'ditembak' dan terhempas di Ukraine. Berita yang sangat sukar dihadam khususnya bagi ahli keluarga para penumpang, krew, syarikat dan seluruh rakyat yang prihatin.

Umi sedih bila mendengar berita ini..subuh tadi baru tahu..terus buka Astro Awani..rasanya bertimpa-timba pula kesedihan rakyat malaysia..Belum reda lagi pasal Palestine..disambung pula dengan pesawat yang terhempas.Sedih bila melihat ahli keluarga mangsa..Umi juga turut mengalir airmata..

Rasa tak de mood pulak..dah malas nak menaip..sampai sini dulu buat hari ini.Kalau mood dah ok nanti..Umi bebel lagi..Salam Jumaat semua..dah masuk peringkat ketiga Ramadhan..semoga kita semua berusaha untuk mendapat malam lailatul Qadr..


MH 17 DITEMBAK


#Moga kita semua mampu 'belajar' sesuatu yang berharga dari musibah ini..#