Oleh kerana setiap tutur kata tu teramat jelas jadi Umi dapat simpulkan perkara yang terjadi..apabila pintu bilik anakdara dibuka maka terlerailah segala yang si Ibu tu bimbangkan..Maka menangislah si Ibu tu sambil membebel ..Si anak dara membawa orang yang tak sepatutnya kedalam bilik tidur!!Semasa Umi dengar si ibu tu bising-bising kat anaknya..Umi seolah boleh merasai apa yang dia rasa..marah dan tentunya sedih dengan apa yang berlaku..perasaan takut pun ada..
Umi berkongsi kisah ini bukannya berniat nak memburukkan sesiapa..hanya nak mengambil sebagai pengajaran buat Umi dan untuk kita semua. Sebagai seorang ibu dan bapa tentunya tidak mahu benda-benda begini berlaku didalam rumah kita.Memang Umi risau bila terdengar perkara begini..dan Umi dapat tahu rupanya perkara yang berlaku ini bukannya kali pertama ..sudah banyak kali berlaku..cuma si ibunya baru tahu dan dapat menangkapnya...Sebenarnya Umi pun tak kenal sangat dengan jiran tu.dan kurang mesra dengannya.Pabila bertembung Umi ada juga lemparkan senyuman dan menegurnya..tapi nampaknya dia macam tak berapa nak balas..cam nak tak nak jer..takpelah..Umi tak kisah pun..tapi bila melihat anak pompuannya seksi(kalau kekedai pakai short pant/legging) buatkan Umi tak senang..tak sedap mata memandang..contoh yg tak berapa elok buat anak-anak..
#Tak nak bebel banyak2 dah..kang apa pulak korang semua fikir pasal Umi..cam la baik sangat.sebenarnya Umi takut sebab Umi pun ada anak dara#
Sama-sama kita ambil ikhtibar...Ya Allah .jadikan zuriat-zuriat kami anak2 yang soleh dan solehah..penyejuk dimata dan penawar dihati..