Monday, April 1, 2019

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang pentingkan diri?

Isnin yang busy..Atau Isnin yang malas.?Itu atas tuan punya diri masing-masing.Bagi Ummi,dua-dua ada..haha.Hari ini rasa nak bebel pasal topik pentingkan diri.Apa yang Ummi tulis ni berdasarkan fikiran Ummi tiada kena mengena dengan orang lain.Hanya pengalaman.

Masa bila  korang rasa korang pentingkan diri?atau korang memang baik..pentingkan orang dulu baru diri sendiri.Siapa yang baik tu..baik ngaku cepat..nak tabik spring ni..

Sebenarnya kita boleh nampak orang yang jenis camni..mudah jer nak cam.Paling senang nak tengok golongan jenis ni selalunya time bawa kereta,time nak parking kerata.

Selalu juga Ummi dengar kat radio Sinar..Abbi Fana duk bebel pasal ini.Kalau dah ada orang tunggu nak parking,seharusnya kita cepat-cepat keluar.Bagi laluan orang lain pula.Semalam Ummi dah melalui dah pengalaman yang menyakitkan hati..Al-Kisah semalam anak-anak nak makan Mc D(Umminya pon),Pusing -pusing takde parking,tunggu dalam kereta..Dalam duk tunggu tu..baru perasan ada orang dalam kereta tu..ingatkan nak keluar ..tunggu punya tunggu punya tunggu..dekat 15 minit tak keluar-keluar,bersangka baik..kot dia tunggu kawan/family yang tengah makan.Last-last..ada orang datang kat kereta tu..penumpang sebelah pemandu turun..rupanya dia tunggu orang nak berjual beli..laa..kenapa ler tak tunggu kat luar kawasan parking McD,sepatutnya untuk pelanggan Mc D..dah lah kawasan tu terhad je parking.Dalam masa 15 minit duk tunggu tu.,muncul seorang lelaki.,kereta sebelah yang ada orang tu..dalam hati Ummi..Yess..bolehla parking..tapi hampeh..boleh pulak dia on enjin kereta..pastu hisap rokok dulu sebatang..Adoi..rasa dah nak ma*i jugak..nasib baik sabar!

Berkat kesabaran..muncul lagi satu lelaki..masuk kereta..terus jalan.. alhamdulillah. Time kita nak masuk parking tu..baru lah..dua-dua kereta tu terhegeh-hegeh nak keluar..sabar jelah..

Kalau korang pernah kena..jom kongsikan pengalaman korang dengan Ummi.


nah..adik bagi..
Sebenarnya banyak sangat kalau nak tulis pasal 'penting diri'tapi bab satu ni pon dah rasa panjang makcik bebel..

Bye dulu..Jumpa nanti.