Sebelum kita memboikot produk Yahudi tu..kita mesti tahu kenapa kita mesti boikot produk Israel?Disini umi nak kongsi sikit hasil dari pembacaan Umi..boikot adalah satu tindakan memulau produk buatan mereka dengan tidak membelinya atau menyumbang kepada kos-kos peralatan pembunuhan rakyat pelestin dan umat Islam lain..
Bagi Umi memang susah untuk membuat perubahan besar sebab dari kecil lagi memang kita dah terbiasa pakai produk tu..selain mudah didapati dimana mana.Memang perlu kuat!!bila tengok senarai barangnya..memang banyak yg dipakai/guna dirumah..Umi amik cara perlahan-lahan nak membiasakan diri..Contohnya..Umi suka pakai Dynamo dan Downy...yg mana produk tu antara barangan dalam senarai tu..terpaksala Umi kena cari jenama lain pasni..masih pakai lagi sebab nak abiskan stok lama..kebetulan beli 2 botol besar Dynamo..softener Umi dah tukar tapi tak puas hati dgn baunya..nak kena cari jenama lain lagi lepas abis ni..Umi ada jugak cakap ngan Along memang tak best pakai yg lain sebab dah terbiasa dengan yg tu..pandai pulak Along menjawap..memang cara gitulah barang2 tu mengoda kita..haruman yg wangi2 yang kita suka..kita kena teruskan jugak..kata Along..amboi..ini anak dah mengajar mak ni....takpela ada betulnya Along ckp tu..
Kalau umi nak sebut satu2 barangan nya memang byk..yg mampu kongsikan ialah ingatlah jenama yg besar2..Syarikat inilah yg mengeluarkan produk-produk kecil yang lainnya.Antaranya adalah Colgate-Palmolive,Unilever,Nestle,F&N,Sara Lee,Danone,Johson & Johnson,Kinberly Clark,Disney,IBM,Loreal..Boss..banyak la lagi ..carik jer kat google tu...Umi senang kalau keluar shopping..sebab Along jadik penasihat..dia cakap dia dah hafal barang boikot ni..Umi suka semangat Along..Pizza,Mc D,KFC..semuanya termasuk dlm senarai ni.dulu masa ramai dok boikot McD Umi sekeluarga pun turut serta jugak..lama kitarang tak makan ada dekat setahun..pastu teringin sangat nak makan ..jadik start balik makan McD..tapi Umi cakap ngan anak2..kita tak leh selalu makan..kalau boleh setahun sekali dua jer..tu pun kalau terliur sangat..tapi boleh ke?Umi pun tak tau jawapannya..
Apapun Umi cuba menyahut pemboikotan ini...Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami..
Ayuh semua sama-sama kita gencarkan lagi tindakan memboikot barangan Israel..Ini bukan isu bermusim..atau isu basi..Tindakan memboikot produk Israel adalah satu tindakan yang mampu membantu menyekat kewangan Israel untuk memusnahkan umat Islam khususnya di bumi Palestin..
"Orang cerdik mencari jalan,orang bodoh mencari alasan."