Thursday, October 2, 2014

Isu Semasa..Pemikiran 20 sen..

Assalamualaikum semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Pertama sekali sebelum menaip lebih laju lagi umi mohon maaf sekiranya pendapat Umi salah dan tidak sama dengan kalian.

Semalam kecoh pasal isu minyak naik..Sampaikan handphone tak berhenti bunyi..ada saja yang dikongsikan di groups whatsapp..Macam-macam penerimaan..Mungkin berbeza mengikut pandangan politik masing-masing.Umi bukan nak cerita pasal politik ..cuma nak cerita tentang kesan pada naiknya minyak..ada yang cakap ..alaa 20 sen jer..(setakat itukah penerimaan kita?)Buat orang yang fikirannya panjang..pasti bukan setakat itu sahaja..dengan kenaikan 20sen(jer)..boleh kata banyak barang yang akan naik.

Peniaga-peniaga pastinya akan menaikkan harga..Nak marahkan diarang 100peratus pon tak boleh jugak..Kalau diarang beli barang naik..takkan diarang nak jual dengan harga yang sama seperti sebelumnya..

Kalau cakap pasal isu barang naik memang takkan habis..Cuma nak tekankan kat sini..cara penerimaan kita..syukurlahh.. 20 jer pon...Malaysia masih aman..Negara lain lagi mahal minyaknya..
Pergi shopping beli macam-macam boleh..takkan minyak naik 20 sen berkira?

Memang kena berkira..kalau isi minyak korang isi satu liter je ke?Harga barang-barang naik korang tak berkira jugak.?Orang tua kat kampung..orang miskin..tak terkesankah pada diarang?Pernah kita fikir kesusahan orang lain dengan kos hidup sekarang..

Rasanya tu pun dah panjang..kalau nak diikutkan..memang banyak lagi nak taip..cukuplah pemikiran 20sen Umi.Lagi pun pendapat Umi bukannya penting..setakat duk potpet-potpet kat blog picisan ni..
Korang camne?..buat dok je ker?..hehe..jangan marah...
                          Umi hari ini..pakai tudung 10 hengget jer datang kerja..
#pekadenganisusemasa#