Monday, May 26, 2014

Kelmarin Punya Cerita..

Salam Isnin semua...
Semoga kita semua bersemangat hari ini walopon semalam Malaysia tewas kepada Jepun semalam..mungkin ramai yang kecewa Malaysia kalah ..termasuk umi..huhu..dari mula main tengok..memang rasa sedikit kecewa dengan kekalahan ini...apapun doakan Malaysia menang lain kali.

Sepatutnya semalam Umi keseminar Shaklee..tapi disebabkan MIL nak datang rumah terpaksa la Umi korbankan tiket tu..tak sampai hati pulak...hubby pun tanya UMi nak pergi seminar ke?sebenarnya Umi dah tahu walopon ianya berbentuk soalan tapi maknanya..jangan la pergi..cuma dia yang tak cakap cam tu...(cewahh..dah lama kawin..pandai dah baca isi hati tersayang).Patutlah Umi rasa berat hati nak ke seminar bulan ni..rupanya MIL pilih hari minggu nak datang rumah..dah dekat 2 minggu dia kat sini..menjaga adik ipar yang dalam pantang..tiba-tiba pagi sabtu tu adik ipar pepagi dah calll cakap Ma(pangillan untuk MIL)nak datang rumah..

Pagi ahad semalam dengan semangatnya hubby menjemput ibunya dari rumah adiknya..Umi tak ikut pun ..dia bawak hero-hero jer..Malam sabtu tu Umi tido lambat..masak nasi impit,kuah kacang dan sambal ikan..bukan sebab MIL nak datang..sememangnya dah plan nak buat dan dah beli semua barang2.kira rezeki MIL jugaklah..datang time menantunya rajin.hee..

       

Macam biasa yang menolong Umi kat datang hero-hero jugak..yang anak dara tido awal..ngantuk kataya..sebab sabtu ada sekolah ganti..ditambah pulak tuesyen sampai kul 7 petang..jadik Umi takde la bising2 sebab paham anak2 penat..abang Aqil pulak memang tak pergi sekolah hari sabtu..malas ..dah habis exam katanya..yang seronok time proses kacang tu..bukan main kalut lagi 2 beradik tu..lantak la..Umi suruh si abang tumbuk kacang tu..malas nak blend..biar kasar2 sikit..biasanya Umi blend tapi kali ni teringin nak makan yang kasar2.Bab buat sambal ikan tu memang leceh..tapi anak2 dan hubby suka..tu yang Umi semangat...

#korang pernah makan nasi impit dengan sambal ikan?sedappp.si Afif boleh abis 3-4 ketul nasi Impit tu cicah sambal ikan jer..#