Monday, April 22, 2019

Belajar CPR -Wajibkan satu rumah 1 CPR

Assalamualaikum.

Harap semua bersemangat untuk satu lagi permulaan minggu baru.Ummi pun tengah bersemangat nak bercerita tentang satu lagi ilmu yang dipelajari semalam.Sementara masih panas dalam ingatan ni,baiklah cepat-cepat Ummi kongsi kat sini.

21April 2019 Jam 9 pagi bermula sesi latihan CPR yang bertempat di CPR1 MALAYSIA, 41A, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Shah Alam.Ummi dan kawan-kawan sekerja mengikuti latihan Cpr ni atas arahan boss.Pernah juga mengikuti latihan Cpr ni ditempat lain.Tapi kali ni yang terbaik.Seronok tak kering gusi dan yang penting ilmu yang disampaikan senang sangat masuk!Cara penyampaian yang santai..penuh dengan gelak ketawa..yang penting tak mengantuk!

Pentingkah CPR ni?Sangat..sangat penting.Bayangkan bila situasi/keadaan yang memerlukan untuk kita melakukan CPR tapi kita tiada ilmu dan tak tahu bagaimana cara yang betul untuk melakukannya.Kita tidak berupaya untuk menolong mangsa.Terkilan kan?Lebih-lebih lagi kalau mangsa tu ahli keluarga kita..Suami/isteri..Mak/Ayah..Adik/kakak/abang ..anak-anak kita.Pastinya kita akan menyesal sekiranya kita tahu tindakan awal kita boleh menyelamatkan nyawa seseorang.Tapi kita tidak berupaya!Maka dengan itu Ummi menyeru semua..Belajarlah CPR.Sekurang-kurangnya setiap rumah ada sorang yang boleh buat CPR.

Ada ke orang yang tak tahu apa itu CPR?Rasanya semua orang tahu/dengar CPR,cuma nak buat tu bukan semua orang tahu..dan memerlukan keberanian .Tapi kalau keluarkan handphone dan merakam situasi kecemasan yang berlaku..ramai je kan?So..jadilah orang yang menolong..bukan yang merakam.

                                                             sebelum bermula

Jadi..apa yang difikirkan lagi.Ada masa terluang,carilah tempat yang boleh belajar CPR ni.Tapi buat yang tinggal sekitar Lembah Klang ,Ummi memang rekomenkan CPR1Malaysia ni..terbaikk.Kalau yang duk jauh nak datang pun boleh..ada jer yang duk jauh datang.

Bila semua selesai,ada exam lepas tu..baru la dapat sijil.

yeay..saya dah terlatih

Habis pukul 2 lebih ..perut dah berkeroncong.sijil dah dapat..Cepat-cepat kami keluar.Cik Abe Ummi dah siap menanti.



~Umisura~