Assalamualaikum..
Dah sarapan semua?Umi minum Cinch Cafe Late jer..In Sha Allah tahan sampai tengah hari.Pagi ini Umi nak bebel sikit..nasib ada korang semua...dapat jugak Umi melepaskan perasaan..hihi.Sebenarnya tak de la apa sangat..cumanya terkilan sikit pasal basikal abang Aqil tu..Umi pasrah basikal tu hilang..dah tak de rezeki..yang umi terkilan sebab baru jer pakai 5 bulan (kalau tak silap)beli masa cuti sekolah hujung tahun..
Basikal yang hilang tu Umi tak rasa nak marah pun..cuma Umi nak kena rushing time rehat nanti..Mana nak balik masak..pastu nak amik abang..Baru jer rasa senang sikit tahun ni..Dah namanya ujian yang Allah bagi..Cuma Umi kesian tengok abang aqil..nampak riak mukanya yang terkilan..Dia dah sayang dengan basikal tu..basikal tu lah yang mengajar dia erti berbasikal..minggu kedua sekolah bermula...dia dilanggar belakang oleh seorang remaja pompuan yang bawak adik kecil naik motor..Seluar sekolah abang koyak sikit(baru 2 minggu sekolah oii)..just say sorry jer kat abang..geram jugak umi masa tu..sah-sah budak tu takde lesen..
Dengan berbasikal abang merasai 'kepenatan'..tercungap-cungap sampai rumah..(walaupun sekolah dengan rumah hanya 5 minit jer!)Biasanya Umi atau abahnya yang menghantar dan mengambil.Abang dah pandai berdikari..Macam-macam yang Umi rasa masa mula-mula dia berbasikal kesekolah..sampaikan Umi sanggup jalan kaki nak tengok dia berbasikal macamana..
Sabar ya abang Aqil..Allah menguji benda kecil sahaja..In Sha Allah .ada rezeki Umi beli baru..tapi kali ni Umi beli yang murah jelah..huhu..
Kejadian kecurian berlaku petang semalam..(umi rasa)..Semasa Umi balik kerja Umi memang tak perasan basikal Abang aqil tu..langsung Umi lupa .Biasanya Umi tengok jugak.Ada pekerja kedai baiki kereta ..yang perasan abang balik sekolah agama..dia terus kunci dan naik rumah..maknanya lepas abang naik jer..terus basikal tu diambil..sebab beza masa Umi dan abang balik sekejap sahaja..dalam 10-15 minit..bila abahnya balik..abahnya nak naikkan basikal keatas..baru perasan basikal tu dah takde kat situ..
Sebenarnya ini bukan kejadian pertama kecurian kat sini..lebih teruk lagi..motor pun ada hilang..setakat yang kecil-kecil tu lagilah..selipar..kasut..selalu jer hilang!Walaupon ada JAGA!
Yang terbaru..Umi baru perasan kasut Umi hilang..kasut tu jarang pakai..mungkin Umi terlupa nak bawa masuk..tau-tau hilang jer..dah takde rezeki..kekadang tu hangin jugak satu badan.Mana taknya ..selipar beli pasar malam baru pakai sekali..besoknya nak pakai dah takde..sabau jelah..huhu..
kenangan semasa belajar berbasikal
*alangkah baik sekiranya hukum Allah ditegakkan..banyak dapat membendung banyak masalah2 yang kita hadapi.Kenapa takut untuk menjalankan Hukum Allah yang sememangnya ada tertulis didalam Quran.Adakah undung-undang yang digubal manusia terbaik dari hukum Allah?Kita diantara yang mana..bersetuju?membantah..tanya iman..bolehkah Malaysia mengikut jejak langkah Brunei..hmmm..