Korang semua camne..semua okey jer kan..rasa ketinggalan pulak bila dah lama tak jenguk blog korang semua..Pelan-pelan kayuh ..nanti umi sampai rumah korang ya..Sebenarnya banyak jer cerita nak story mori..Tapi kalau dah ada kemalasan tahap 4 ni..susah ler..haha..
Umi pun tak tahu nak mula dari mana..okeyla cerita pasal anak dara Umi dulu..si along..Sekarang ni along dah sambung belajar kat Matrikulasi Negeri Sembilan kat Kuala Pilah..dan dalam sebulan ni Kuala Pilah dah jadi kampung no 2 kami..dah 3 kali kami kesini dalam sebulan.
Baru Umi merasa pengalaman berjauhan dengan anak..walaupun dah besar..tetap terkesan kat umi..Along pun begitu..minggu selepas orientasi..Along banyak menangis..Sebenarnya Uminya pun nangis jugak..tapi dalam hati..kekadang ada jugaklah mengalir airmata ni bila sesekali perasaan rindu tu bertandang..Korang jangan gelak tau ..nanti korang pon akan merasa apa yang umi rasa..huhu..
Ahad lalu kami pergi menjenguk Along..walaupun tahu Jumaat ni Along boleh balik bermalam dirumah..dek kerana rindu sebab dah 2 minggu tak jumpa..kuturutkan kata hati..(cewah..)Ku harus menemuinya..(haha).
Sekarang ini Umi dah boleh berlapang dada sikit..Masa minggu kedua Along kat sana Umi risau sangat..Mana taknya..Along sampai bengkak mata..pastu cakap susah la..macam-macam lagi..lemah umi mendengarnya..Tapi sekarang..syukur alhamdulillah..Along dah semakin okey kat sana..belajar pon semakin baik..walopon selalu cakap susah..(memang la susah nak oii..kat matrik mana ada senang..tapi alah bisa tegal biasa).
Layan gambo pulak ya..
ini masa hari pendaftaran
ada budak dah penat..ditambah dengan tak berapa sihat..
Ini pulak gambar ahad lalu masa melawat Along..dah susut badan si Along..katanya 48 kg..muka pun muka letih ditambah baru baik demam dan selsema .
dah gelap sikit mukanya..asramanya jauh nun diatas bukit..kena jalan jauh sikit untuk ke kelas.
Pagi ahad tu..Umi sempat masak untuk along..masak lemak telur kegemaran along..goreng ikan rebus..dan sambal belacan..nasi beli kat cafe jer..kami sama-sama makan tengahari kat sana.Lepas makan si adik Afif nak sangat masuk bilik Alongnya..abahnya dan Aqil tunggu kat bawah..lelaki tak leh masuk..Umi lepak sekejap kat bilik..tumpang solat sekali.Si Angah amik kesempatan bawa homework tanya Along..addmaths memang Angah kurang sikit..
Sekarang ni penat rasa tak hilang..asyik duk abis masa atas jalan..Jumaat ni along balik..Ahad mengantor lagi..Kuala Pilah dah jadi kampung kedua la nampaknya..walaupon penat tapi tetap seronok..:)
#Disini Umi mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat yang singgah kat blog ni..maafkan Umi sekiranya ada kekhilafan sepanjang umi menulis dan komen kat blog sahabat semua..Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua.