Thursday, July 10, 2014

KURUNG MODEN LACE CANTIK

Assalamualaikum semua..Moga puasa hari ini lebih baik dari semalam..Bagaimana persiapan raya korang..dah beli semua?terutama pakaian yang hendak di pakai dihari pertama lebaran..Mesti nak yang cantik..yang orang akan terpegun bila melihat kita memakainya..Yalah..setahun sekali kan..Baik anak dara mahupun mak orang..pasti nak bergaya di hari Mulia ni.. Buat yang masih tercari-cari lagi baju..atau nak tambah lagi baju koleksi untuk raya..jangan risau Zalorakan ada..Tak payah nak susah-susah ..hanya dihujung jari jer..




 Tinggal berbaki beberapa minggu lagi Syawal akan menjelma.. Pastinya ramai diantara kita yang sedikit sebanyak telah mula membuat persiapan. Baik lelaki mahupun wanita, satu set persalinan baju raya adalah persiapan yang terpenting sekali. Benar bukan? Bak kata orang, Hari Raya tidak akan meriah tanpa persalinan baju raya yang serba baru. Seperti tahun-tahun yang sudah, baju kurung moden lace seakan-akan menjadi suatu fenomena yang melanda negara kita. Lebih-lebih lagi dengan keluaran koleksi-koleksi eksklusif daripada pereka-pereka fesyen tersohor tanah air seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Melinda Looi dan ramai lagi. Masing-masing sebulat suara membariskan koleksi kurung moden lace yang begitu menawan dan elegan.

Apa yang menarik, penggunaan lace merupakan perincian yang masih relevan dan mampu mengubah sesuatu rekaan yang dianggap biasa kepada penampilan yang amat menakjubkan. Gabungan corak dan warna lace yang berpadanan dengan rona fabrik asas yang digunakan adalah kunci kepada keberhasilan sesebuah koleksi.Malah ianya semakin terserlah. Lihat sahaja contoh koleksi kurung moden lace di link ni:Kurung Moden Lace





 
Penggunaan lace yang berwarna sepadan dengan fabrik berona pastel menyerlahkan keayuan si pemakai dan kelihatan sangat ‘sweet’. Pemilihan fabrik berona sedikit terang juga masih mampu menonjolkan keanggunan si gadis seperti dalam gambar yang disertakan di bawah;

Untuk gaya yang elegan, terdapat juga koleksi kurung moden lace yang menggunakan padanan lace berona kontra dengan fabrik lace. Anda juga boleh memilih untuk menggayakan kurung moden lace yang berfesyen color blocking atau erti kata lain menggabungkan dua rona yang kontra. Seperti penggunaan lace berwarna hijau dan fabrik asas berwarna biru misalnya.

Kongsikan keterujaan anda menyambut Hari Raya bersama ZALORA Malaysia hari ini juga untuk koleksi kurung moden lace yang menakjubkan. ZALORA Malaysia merupakan destinasi membeli-belah online yang terbaik untuk anda dan nikmati pelbagai tawaran hebat, potongan besar-besaran dan proses pembelian yang termudah. Beli baju raya online anda sekarang dengan harga yang terbaik di Malaysia!
   
Apa tunggu lagi..korang cepat la terjah Zalora..Semuanya cantik-cantik..rasa nak beli semua..
Umi bebel lebih-lebih pun tak guna kan..baik korang tengok sendiri ..mana yang berkenan boleh la beli.