Selamat pagi..Moga ceria hendaknya..Sahur apa tadi?Umi masak nasi goreng..Cik Abe..nak sangat nasi goreng..maklumlah..sahur asyik panaskan lauk jer..:)
Balik pada tajuk..2.7.2004 yang lalu..Lahirlah putera pertama Umi..yang ditunggu-tunggu.Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa Umi, nakkan sangat anak lelaki..tahu sahaja Umi mengandung..Umi perbanyakkan doa dan surah Yusuf..itulah caranya Umi ikhtiar nak anak lelaki..selebihnya Allah yang tentukan..
Inilah anak Umi yang pertama dilahirkan di Selangor..kakak-kakaknya.semua bersalin kat kampung.
Belajar berpantang sendiri..dijaga oleh suami pada mulanya..lepas tu mak datang selama 2 minggu.
Rasanya dah lengkap keluarga Umi selepas kelahiran Aqil..tup-tup ada jugak rezeki Aqil beradik..
Kini Aqil dah 11 tahun..dari segi ketinggian memang tak berapa nak tinggi..cam budak darjah 3 jer..cuma badan jer naik selepas sunat dulu..makin gemuk..perutnya dah buncit..hihi..
Terima Kasih Allah..syukur padaMu..memberiku peluang untuk mendidik anak lelakiku ini.Semoga Abang Aqil jadi anak yang soleh..berjaya dunia akhirat..Umi sayanggg Aqil..
susahnya nak cari gambar Aqil..budak ni memang tak suka bergambo..kebanyakkan akan lari bila sedar kita amik gambar..
selalunya kena paksa baru nak belajar..
time ni nak sangat ikut gi kerja
Semoga jadi anak-anak yang soleh
*hari ni tak tau nak buka makan apa..nak masak atau beli..cam malas pun ada..rajin pun ada..hihi