Lambat bersiaran hari ni..Ada aja halangan hari ni..Nasib petang ni dah tenang sikit..
Masa rehat tadi Umi balik rumah...Sempat la jugak mengemas sikit-sikit..Sekali pandang kat luar..dah gelap...cepat-cepat masuk bilik air...baru terhegeh-hegeh nak solat..Dalam hati jangan la turun lagi..Lepas solat cepat-cepat bersiap..tak sempat tempek bedak..mahupun lipstik kolegen terlajak laris tu..Terus capai kunci kereta..
Sampai klinik..(tak sempat seminit dalam kereta.)Tak hujan lagi kat sini...nasib..malas nak keluarkan payung..Sampai jer dalam klinik.."Kak..tolong kak..abang tu nak beli Shaklee..untuk set jantung"..nasib yang mintak tolong tu downline..Nak tak nak..kena la tolong..
Umi pon memulakan sesi kemesraan dulu..(haha)..tanya pasal penyakit dia la..sejarah kesihatan..Dari mana dia tau..Sebenarnya dah 2 orang dalam bulan ni jumpa Umi untuk masalah jantung..Dua-dua orang lelaki..dikira muda lagi sebab awal 40 an..Diarang ni nak sebab nak ikhtiar selain dari ubat hospital..Dan abang yang datang tadi pon dia datang sebab Doctor kat hospital cakap elok amik Shaklee..atau Amway..sebab tu dia datang cari ..Isteri dia yang cadangkan datang sini..Katanya jantung dah tersumbat...kolestrol tinggi..darah tinggi pon boleh tahan..Tapi dia belum la ke IJN lagi.
Selepas soal selidik..Umi cadangankan dia amik set jantung..tapi ikut kemampuan..UMi hanya cadangkan..pastu ikut kemampuan..selepas berkira-kira..terjuallah..Omega Guard..Co Q Health..Lecithin dan Garlic..Bukan set lengkap tapi ikut kemampuan..yang terbaru produk Shaklee ialah Phytocol-St..memang sangat bagus untuk menurunkan kolestrol jahat..ianya membekalkan 2,000mg fitosterol sehari 100% saranan institut Kebangsaan(NIH).
Seronok sangat dapat sharing ilmu Shaklee dengan abang tadi..(walopon beberapa kali keluar masuk bilik Doc)Kalau Umi tak pasti..Umi terus rujuk ngan Doc Aminah..senangkan!bila Doctorku..upline ku..Untung Doc..hampir semua staff nya dah masuk Shaklee..manyak masyukk oo...Nanti Umi kongsikan..hebatnya dan bagaimana produk Shaklee ni..dapat membuka hati seorang Doctor dan telah mengamalkannya selama 7..8 tahun kot(kalau tak silap Umi).Bukan senang seorang doktor nak percaya dengar sebarang produk!Nak-nak jenis MLM..
closing 2 bulan lepas..HQ Shaklee...tempat baru..
Walopon jualan tadi untuk downline..kira rezeki umi jugak...yang penting puas hati..
#Umi kagum dengan seorang Doktor..yg umi jumpa masa Seminar..Doktor Malinda...orang Johor kalau tak silap..sekarang fulltime Shaklee..suaminya pon dah ikut jejak nya berhenti kerja dan fulltime Shaklee..#