Friday, November 15, 2013

Sahabat

Sahabat,teman,kawan..Apakah beza antaranya?Kadang-kadang terlintas di hati Umi..adakah Umi mempunyai seorang teman yang betul-betul boleh dipanggil sahabat sejati..atau kata orang zaman sekarang kawan baik/BFF..Memang Umi ramai jugak kawan..kawan sekerja antara yang rapat..tapi Umi selalu berfikir adakah Umi mempunyai kawan baik..Bila ada kawan-kawan cakap.."kawanbaik kaksura mana?tak datang ke hari ni?Umi mula terfikir..betul ke tu kawan baik aku?atau hanyalah sekadar kawan yang biasa-biasa sahaja atau tempat meluahkan perasaan jer..

Teringat pulak zaman sekolah dulu-dulu..Ramai jugak kawan..Ada geng yang rapat dengan kita..Bila dah dewasa.bawa haluan masing-masing hanya sekadar menjadi kawan biasa..hanya mengikuti perkembangan masing-masing di Fb..Sekarang ni bila dah bekerja..kawan-kawan sekerja lah tempat yang selalu Umi luahkan perasaan..Kawan-kawan pun begitu..masing-masing meluahkan atau bercerita tentang diri atau keluarga masing-masing..Itu yang membuatkan kami rapat..rasa macam saling memahami..Tapi bagi Umi kateria nak menjadi kawan baik tu jauh lagi..dan sampai saat ini Umi merasakan  belum mempunyai kawan yang betul betul boleh dipanggil sahabat baik tu..Apa pengertian korang semua tentang sahabat/kawan baik?
Apakah dikira kawan baik bila menceritan semua masalah..hatta masalah yang dalam kain pun?Umi tak rasa begitu..tak tau la kalau Umi ni jenis cerewet bila berkawan..

Umi akui sememangnya Umi jenis yang memilih kawan..bukan maksudnya Umi menyombong diri..Contohnya begini..bila Umi mengenali seseorang tu..Umi akan tengok dulu cara atau sifat orang tu..kalau rasa hati dah boleh ngam baru Umi rapat sikit..tapi kalau rasa tak berapa Umi hanya berkawan  camtu jer la...Selalunya Umi ni menjadi pendengar setia..macam macam yang diceritakan..kalau isu tu yang sama..rasa cam malas pun ada..bukan apa..bila kita memberi pendapat/cadangan bukannya nak dengar..mungkin hanya nak meluahkan sahaja ..then go..kita yang kat sini terpinga-pinga..camtu pun ada!..Teringat satu status kat Fb,kawan sekolah dulu..dia cakap lebih kurang camni..Kawan dia call..bercakap pung pang2 pasal diri dia..dia hanya mendengar..bila time dia nak bercerita pulak..kawan dia yang call tadi tu dah cakap..o.k la lain kali kita sambung lagi..apa lagi bengang la dia..dia merasakan diri dia hanyalah tempat untuk melepaskan perasaan jer..Masa tu Umi dapat merasakan perasaan kawan Umi tu..sebab Umi pun pernah merasainya..

Bila berblog lain pula rasanya..berkawan kat blog ni tidaklah menyakitkan hati..banyak tersenyum sorang2 kat depan PC ni..Rasanya macam semuanya baik-baik..lebih baik begini..ya lah memang lain berkawan dialam nyata dan alam maya..memang banyak perbezaannya..ada kebaikan dan ada keburukan masing masing..tapi sekarang ni Umi nak berfikir yang baik baik jer..sentiasa bersangka baik!!

 semoga ikatan ukhuwwah ini berpanjangan selamanya..(amik kat FB-kawan baik masa skolah yg masukkan)
#jangan tanya yg mana satu Umi ya..malu bila tengok gambar zaman dulu2..nak tergelak pun ada#
*kebanyakkan kawan Umi ramai yang jadi  Ustazah..Umi jadi Ustazah kat rumah jelah..huhuhu..