Rasa cam lama pulak tak update..windu pulak kat blog..Pastinya cacatan untuk 3 hari Umi abadikan disini..
Kisah hari Jumaat ..Umi kerja halfday sahaja..adik ipar dan keluarga datang dari kampung.Sehari sebelum tu diarang tido kat Putrajaya rumah adik ipar.Datang nak bershoping dan menjemput makmentu sekali.Petang tu diarang nak bershoping lagi..(hari khamis dah shoping kat Sogo).Diarang nak pegi JJ..bawak jelah..nak bawak tempat lain pon diarang dah biasa pergi.
Bawak orang shoping tak bermana kita cuci mata jer..harus jugak habis duit...huhu..kali ni si Afif yang beria..cam dia pulak yang nak shoping..nak beli selipar..padahal baru jugak beli..sebab selipar yg lama tertinggal kat kedai makan..selipar yg ala2 croc tu..nasib baik 19 hengget jer..sebabnya kat selipar tu ada gambar Tom..kebetulan dia memang sejak dua menjak ni suka tengok Tom n Jerry..
Anak buah hubby pun bukan main Umi tengok..pening makbapaknya..nak mainan macam2.. hari tu memang penat melayan kerenah anak2 jer..dah dapat sorang satu..barulah diam..Si afif pun tumpang buat hal..selalunya jarang camni..dia berkenan pulak kereta yg mahal...sebab selalu tengok cerita CAR..lah jadi camni..adoi..dah la mahal nak oii..79.90..tak bergerak duk kat mainan tu..abahnya kata tak pe nanti kita dukong jer dia..
hati dah berkenan..
Standard Afif mainan kat My Mydin ngan pasar malam jer ..ada hati nak mainan mahal2..ingat Umi dia ni mampu sangat ke..sayang duit...tapi..
Kali ni dia berjaya buat Umi dia keluar duit untuk kereta mahal tu...tu pun sebab nenek dia nampak dan hulur 50 suruh tambah..nasib la rezeki Afif .kalau tak melalak la..Umi dan abah tak kesah pun..
Lepas bershoping dan membasahkan tekak..kitarang gerak ke Perepat..adikipar nak kesana..tengok baby dan tido sana.Tugas kitarang bawak diarang kesana..takut pulak sesat..lagipun ini kali pertama adik ipar drive dari kg..biasanya naik keretapi jer..
penat...
Sambung nanti..malas dah..lagipun banyak kerja ni..nanti senang Umi lawat blog korang pulak..daa...
#suka Afif dapat kereta tu#