Tuesday, September 2, 2014

Penyatuan Dua Jiwa.

Assalamualaikum semua..
Rasa cam lama dah tak keudara..rindu pulak nak menulis walaupon kerja tengah banyak..
Disini..di blog ni..Umi nak abadikan kisah cinta dua jiwa yang sudah sah dalam ikatan..Kisah perkahwinan anak sepupu Umi.Selepas isyak malam hari jumaat kakchik(panggilan dalam keluarga)selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz.Tapi sebelum akad tu berpeluh-peluh dan pucat penganti lelakinya ditanya berbagai-bagai soalan..

Kali ni kenduri pakai catering..so bolehlah kitarang semua nak melawa..kenduri sebelum ni..ramai yang jadi orang dapur..belakang tabir..tak boleh nak tepek bedak tebal-tebal..masing-masing sibuk bersilat didapur..kali ni memang best...hehe..masing-masing boleh bergaya dan perasan ala-ala datin..Memang Umi dan kakak Umi pernah bersuara sebelum ni dengan abang Kamal(sepupu)..Kalau buat kenduri kawin lepas ni pakai catering..sebab kali ni kitarang nak melaram pulak..kenduri yang sebelum ni kakak Umi yang teruk..sampai ke akhir kenduri dia sibuk didapur..tak sempat nak berjumpa saudara mara yang datang.

Kenduri anak sepupu ni..memang ramai sepupu-sepupu belah Umi..kitarang bagai adik beradik.Apatah lagi bila sama-sama duduk diperantauan.Sepupu Umi yang buat kenduri ni pon dah  beli rumah kat sini..kira dah jadi orang sini.

Biar gambar lah pulak bercerita...korang layan ni..

Ini masa malam akad nikah




   inilah kakak Umi..dia sponsor roti canai 300 biji malam tu..saper yang nak makan roti canai boleh order jer kat situ..tukang tebar roti canai dah bersedia kat situ..ada yang order roti canai letak telor 2 bijik..memang meriah..ada pilihan nak makan nasi atau roti canai.


Ini pulak gambar hari kenduri..

                                         Inilah pasangan pengantin..along jadi pengapit..




ini dia pengantin...



                                                  kawan-kawan kerja datang.
Oklah..dah banyak tepek ..kang ada yang juling nengok gambar..nanti rajin Umi sambung lagi..*-*