Wednesday, December 10, 2014

Balik Kampung:Kenangan Di Pantai Sri Tujuh..

Hari sabtu dikampung tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan,.Pagi tu Umi hanya menolong mak kat kedai kopi..Dapat jugak beramah mesra..dapat jugak membetulkan lidah balik..haha..dah tak berapa pure cakap Klate..Kalau Cik Abe rasanya masih pure lagi..sebab kalau kat Selangor pon orang boleh tahu dia orang mana ..kuat sungguh bunyi budunya..(maaf sayang sebab mengata awak..ampun).

Tengaharinya pon tak tahu nak buat apa..masing-masing nak berehat..terbaring jer..dengan cuaca yang panas membuat kita rasa malas nak ke mana-mana.Dalam duk berguling kat ruang tamu tetiba dengar suara Apih..suami kepada anak buah..rupanya dia bawak air nyo..(air kelapa)yes!kalau dapat keropok lekor memang menyangkut la..air kelapa + keropok lekor!

Petangnya Umi ke Pantai Sri Tujuh..kononnya nak jenjalan je kat situ..melihat ombak laut China Selatan...tapi..


                                                           tak tahan tengok air..

Dah la tak ada bawak apa-apa..sebab tak plan nak berbasah-basahan kat situ..nasib Afif sorang jer yg lebih yang lain-lain hanya basah sikit jelah..tu pon abang Aqil mintak jugak nak mandi..Umi cakap tak boleh sebab tak bawak apa-apa..

Sebenarnya niat nak bergambar je kat situ..







Bersambung lagi..makan Papprik belut dan sup Belut!