Sepanjang Umi berkerja ni..dah 11 tahun..macam-macam pe'el yang Umi jumpa.Ada yang jenis tak kisah..brutal..ada yang mulut tak boleh berhenti cakap..pot pet..pot..pet..cerita dari A-Z...kekadang yang kita tak kenal pun dia cerita cam kita kenal...Yang mudah merajuk..sikit-sikit merajuk..sampaikan Umi letak nama super sentap..macam-macam lagilah..Itu pandangan Umi pada orang tak tahulah pandangan orang pada Umi ni..memang tak sempurna tetapi cuba kearah tu lagipun umur yang semakin meningkat ni..memang kena banyak muhasabah diri..
Tapi dalam banyak-banyak perangai..yang paling umi tak suka ialah super sentap..senang terasa dan merajuk..malasnya dengan orang camni..tapi terpaksa hadap sebab kawan..Bayangkan kawan kita ni selalu merajuk..haruskah kita selalu pujuk..merajuk pulak dengan benda-benda yang simple jer..kenkadang takde kena mengena dengan kita pun..bila dah merajuk atau angin..habis tak nak bercakap dengan orang.. sabau jelah..ada jugak manusia jenis camni..Kalau sesama perempuan nak pujuk memujuk memang tak la..Kita merajuk pun bukannya selalu laki nak pujuk..Kadang-kadang umi terfikir..kalau dah sama perempuan pun meluat..malas nak pujuk..macam mana la laki dia..selalu pujuk ker?..tak boring?.kalau baru-baru kawin memang la selalu pujuk..layan..cuba dah lama sikit..mesti meluat..so nasihat Umi buat yang suka sentap atau cepat merajuk.. tak payahlah buat persngai camtu..orang-orang sekitar anda sebenarnya tak suka dan menyampah..Jadilah seorang yang kuat dan tabah..jangan cepat menyentap dengan perkara2 yang biasa...pasti kawan-kawan pun senang dan gembira disamping kita..
Satu lagi perangai yang mungkin kita sendiri tidak sedari yang kita pun sebenarnya mempunyai perangai itu..tau apa?Tak boleh ditegur..kalau ditegur sahaja mengamuk..bising-bising dan mengungkit...sebab pernah terjadi depan mata..tak payahlah Umi nak ceritakan kat sini pulak ..tak elok rasanya..Inipun Umi tulis sebagai peringatan untuk diri Umi..Kalau orang tegur kita..tak kira kita salah atau betul..cubalah untuk perbaiki..bukan cepat melenting..lebih-lebih lagi..yang tegur tu bos kita..Siapa yang tak pernah kena marah dengan bos..cer angkat tangan..bagus kalau tak pernah..tapi bagi kami yang kerja swasta..makan gaji ..rasanya selalu ..Umi pun selalu jugak kena pot pet-pot pet..Tapi takde la nak melenting..terima sahaja..lagipun kita nak kerja lamakan?..bukan masalah bodek bos..kalau rasa tak puas hati ..hanya dalam hati..takde nak sampai ke Facebook..malula..bayangkan bos kita terbaca status kita..apa perasaan dia..
Banyak pulak Umi bebel..jadi itulah sahaja topik super sentap yang lebih kepada luahan hati sebenarnya..apapun jadilah orang yang senang didampingi kawan-kawan bukannya yang membawa masalah pada mereka.Dan jadilah pekerja yang mudah dan boleh ditegur ..demi untuk memperbaiki diri..bukan yang tak boleh terima teguran daripada bos..kecuali kita nak berhenti atau cari kerja lain!!
Selfie....ini pekerja poyo...haha(pic lama)