Banyak rintangan tiap kali nak bersiaran..tapi pagi ini line clear..Semangat pun ada..apa lagi cepat-cepat la taip.Hari ini Umi nak abadikan kenangan semasa menghantar MIL pergi umrah.Kami sekeluarga dan adik-adik hubby yang menetap di sini menunggu Ma di KLIA..adik-adik hubby yang dari Kelantan pun datang jugak .Diarang semua fly awal sebelum ketibaan Ma dan rombongan.
Kami semua membawa bekal..adik-adik hubby duk plan suruh masak sikit sorang..Mulanya umi cam malas jugak..sebab terfikir nanti nak makan kat mana..bolehke bawak makanan..cam malu pun ada..
Nak angkut makanan kesana sini..Umi ni kalau boleh nak berlenggang kangkung ...Mulanya hubby Umi pun cam pelik jugak dengan cadagan adik-adik dia tu..tapi kami ikut ajelah...
Umi masak satu lauk je..Ayam masak merah..senang..Malam tu Umi dah masak siap-siap,so pagi tu takdelah Umi nak terkocoh-kocoh.Pukul 9 pagi adik-adik dari Kelantan sampai KLIA 2.Sementara menunggu Ma tiba..kami semua lepak-lepak dulu kat Food court kat aras 2.Flight Ma dari Kelantan mendarat di KLIA..10.30 pagi Ma dah muncul di KLIA.Ramai jugak ahli-ahli rombongan yang Umi kenal..yalah..orang kampung Umi jugak..antaranya mak kawan Umi..rasa seronok pulak dapat jumpa kat sini.Bila dah jumpa Ma ..kami mencari'port' yang baik punya..nasib ada adik hubby yang selalu terbang keluar negara..so dia yang bawa kami..kalau ikut Umi memang lah tak tau..walaupun dah 3-4 kali datang tapi banyak tempat lagi tak explore..ikutkan Umi .senang jer..makan fast food atau kat food court atau kedai makan yang berlambak lagi kat sini..
Akhirnya kitarang semua berlabuh kat area KFC..rupanya kat situ memang tempat baik punya..ada playground..budak-budak boleh main..yang tua semua boleh makan-makan..Tapi Umi,hubby dan anak-anak tak makan pun..makan kuih jer..yang penting bagi Ma makan dulu..
Layan gambar la pulok..banyak pulak bebel ni..
sementara menunggu yang lain tiba
anjung tinjau..
lepak-lepak kat food court
jom kita wefie dik..
Pukul 1 tengah hari Ma dan rombongan dah check in..Selamat jalan Ma..semoga dipermudahkan segalanya buat Ma disana dan kembali dengan selamat nanti.