Hari ni cerita peram lagi..kira terowbak la ni..Tahun lepas Umi awal bulan Disember..kami ke Kedah anak sepupu kawin..dari Sarawak..So Umi pergi la untuk meramaikan rombongan belah perempuan..kesian pulak sebab tak ramai yang datang..dari sini Umi sekeluarga dan Kak Piah sekeluarga..dari Sarawak pon dalam satu keluarga jer..
Lepas kenduri hari tu..belah malamnya saudara pengantin belah lelaki belanja kami makan..ke Kuala perlis la kami..jauh jugak rasanya..sbb kami duk kat Alor Star..berbaloi jugak kami datang dari jauh..dengan hujan lebat malam tu..puas makan..makanan banyak sangat..Dari nasi..ke laksa Utara..
Kerabu Belangkas...first time makan ni..tak berapa nak boleh makan..
Dah abis makan nasi baru sampai belangkas ni..rasa was-was pada mulanya..sebab tak pernah makan..bila tengok semua makan..barulah rasa nak cuba sikit..tu pon dalam beberapa suap jer..
Hukum makan belangkas adalah diharuskan-(sumber e-fatwa)mulanya umi terfikir itu la..boleh ke makan benda ni..
Lepas makan kami dibawa jalan-jalan di sekitar Perlis..Pakcik dan Makcik yang belanja kami tu..sangat baik..siap ajak pergi rumah dia..disebabkan dah malam dan penat kami terpaksa menolak ..walopon sebenarnya nak sangat pergi rumahnya..
Kami sekejap jer kat sana..esoknya dah balik Port Klang..eh ..lupa lak nak tepek gambo kenduri..
Layan jelah..gambar basi..hihi..
Kerabu belangkas.....memang jarang dengar tu. Sedap ke Sura?
ReplyDeleteSeronoklah ye asyik duk atas jalan raya jer hihi...
Dah puas tengok muka anak beranak yg comey tak nak tunjuk perut ke?
haha..org tua mengandung.malu nak tunjuk perut..
ReplyDeleteSeronoknya jalan2 dekat Kuala Perlis makanan memang sedap2.Kak zai belum pernah makan kerabu belangkas.
ReplyDeleteDi sana terkenal dengan laksa special dia Sura. Seafood juga murah boleh makan puas-puas. Tapi itulah sayangnya masa tak panjang, kalau bermalam rumah makcik tu tentu the next day boleh sambung lagi..
ReplyDeleteAfif mana?
Amboi sweet macam sister sister je, tula tunjuk la perut, first time dengar kerabu tu. Ok la kalau ada masa ikut ja rombongan bagi lebih meriah.
ReplyDeleteKalau akak belangkas tu suka bakar gitu je makan telurnya sedapnyaa...
ReplyDeletebelangkas?rasa ape kak
ReplyDeletecantik anak dara akk tu
Arwah atok dulu suka masak belangkas. tapi i tak pernah pulak makan..
ReplyDeletememang rare kerabu belangkas.namanya belangkas pun sy tak pernah makan..ohh kak sura ada datang utara la ekk..kisahnya ikut rombongan pengantin..murah rezeki makan org belanja.hehe
ReplyDelete