Kejap sangat masa berlalu..dah habis satu sem dah Along kat Matrik..Hari minggu hari tu..menghantar dia balik kolej.Dalam tempoh Sem 1..memang berulang alik kami menghantarnya..minggu nak exam kami menjenguknya disana..masak lauk kegemarannya..
Tak puas katanya cuti 2 minggu cuti..sabar jelah ya Along..dah abis sem 2 nanti boleh rehat lama sikit..Nasib jugak 2 sem jer kat sini..letih menempoh jalan kat Kuala Pilah ..Kalau sesiapa yang biasa kat sini time hujung minggu tahulah camna kat Kuala Pilah ni..
Sepanjang along bercuti ni..kami cuba memenuhi rancangan makan-makan..Tapi kali ni banyak makan kat luar..Umi tak banyak masak..hihi..
Ni masa datang melawat Along time nak exam
masak kari kegemaran si Along
Sepanjang cuti tu..bawakla Along makan-makan..katanya kat sana makan tak sedap...
bawak makan sate..kawan baik along Zati pun ada sekali.diarang amik kesempatan time cuti ni melepaskan rindu kat kawan2..Zati masuk matrik Melaka
Hari-hari akhir cuti ..along request makan nasi beriani..Malam tu bawak la dia makan kat Shah Alam..gambar-gambar makan memang takde sebab umi malas nak amik gambor..tu yang ada nasib jer..rajin sikit..hihi..
katanya sem 2 nak pakai laptop untuk sains Komputernya..jaga baik-baik ya Long..duit keluar cam air jer..balasanya Umi dan abah mintak buat yang terbaik untuk diri Along.selebihnya biar Allah tentukan.
Walaupon 2 minggu jer cuti banyak jugak dah tercapai hajat Along..dah keluar dengan kawan2 tengok wayang..dah bawak adik2 main ice skating..dah dapat Big Apple,dah makn nasi beriani..apa lagi? Umi lupa..oo..ye dah pakai inai ..minum kat Borders Tea..macam2 dah along buat..
Satu lagi..hadiah dari abah..walau kecik harap along hargainya..
Nasib pagi tu Umi sempat goreng beehon..kat Cafe C blok along tak de apa ..baru bukak..tu pon nasib jual air..kat Cafe A meriah Umi tengok..tapi malas nak pergi..
Semoga semester kedua ni along kuatkan lagi semangat..walaupon semakin susah..buat setakat yang mampu.Umi dan abah tak memaksa..semuanya bergantung pada Along..yang penting don't give up..kipidap..all the best buat buah hati Umi dan abah..we love u so much..
Dah besar dah anak dara akak~
ReplyDeletesama cantek ngan mak dia.. hehehe
Selamat memulakan semester baru buat Along.
belajar rajin2 k~
Allhamdulillah... seronok tgk anak2 membesar.... kasih sayang ibu bapa tdk dpt dibalas.... seronok mcm2 hadiah dpt....
ReplyDeletecantik jam tu..beli tuk el satu kak haha
ReplyDeleteboleh..tapi kena tukar 'binti'..hihi :)
Deletegood luck along..:)
ReplyDeleteYes Along.. masuk matrix kena all out. Masa tak tunggu kita .. tau-tau nanti habis sem 2. Take care dear..
ReplyDeletecantik along ni kak... ayu je nengok dia.. Alhamdulillah dah masuk sem 2 buat dia.. tak sedar masa berlalu...
ReplyDeleteBila dah dikatakan ibu-bapa kalau boleh apa anak mahu selagi kita mampu pasti akan kita usahakan Sura. Moga Along dpt menilai sendiri semua apa yg umi/ayah dah buat utknya..
ReplyDeletenak rehat minta cuti dulu biasanya
ReplyDeleteMasa berlalu dengan pantas tau2 esok dah masuk U. Bermulanya cabaran untuk meraih yang terbaik.
ReplyDeleteGud luck Along.....buat yg terbaik, nanti boleh dapat course yg kita nak. Belum habis pereksa pun dah dpt gelang, kalau dapat result best mesti dpt keta sebiji tau Long!
ReplyDeleteAlahai kesiannya....nasiblah umi dia rajin masak dan rajin membeli hihi..