Dah lama tenggelam..sesekali timbul..hihi..kena ambilk udara..kalau tak terus kojol blog Umi ni..Harap-harap korang semua tak lupakan Umi la ya..
Semasa Umi duk menyepi dari penulisan blog..(cam lama bebenor..padahal baru nak masuk 3 minggu menyepi..huhu)Banyak perkara sebenarnya yang hendak disimpan kat sini..tapi tu la..kemalasan melanda..kebizian pun tak kurang hebatnya.
Hari ini Umi nak tepek tentang percutian singkat Umi ke Kuching bersama family.3 hari 2 malam.
Walaupon singkat ia tetap membawa keindahan kepada kami semua.Bertambah indah apabila dapat berjumpa saudara mara belah mak.Mak dan anak buah Umi si Sarah datang dari hari rabu lagi..Mak nak ziarah kakaknya yang duk kat sini sebelum bertolak ke Kuching hari Jumaat.
Kak Long dan suami dari Kluang,singgah Seremban ambil anak lelakinya..kemudian terus ke Cheras ambil anakdaranya Nina..lebih kurang 11 malam sampai rumah Umi.Kami bertolak pukul 8 pagi dari port Klang.Umi sewa van Rm 220,bahagi dua dengan Kak long..Kakak Umi yang sorang lagi dan anak-anaknya,suaminya hantar ..tak muat dah nak naik van..
Menunggu..anak buah Umi yang sorang lagi bersama anak-anaknya berlepas dari Kota Bharu pukul 8.30 pagi..Kami sampai KLIA 2 dalam pukul 9 lebih..masa ni dia dah mendarat ..cuma belum jumpa..
lelaki-lelaki Umi..
I beliave i can fly..i believe i can touch the sky.Masa ni jerebu tengah teruk jugak.Takut jugak flight ke Kuching delay sebab kat sana jerebu.Dah lama tak naik kapal terbang..last masa mengandungkan Along.
Sampai sana belum sempat keluar dari perut kapal lagi sepupu Umi Abang kamil dah tanya..dia dah siap menunggu ..amik masa jugak sebab nak lepas imigresen .
Terharu pulak bila tengok tulisan kat van ni..Terus tak sabar nak jumpa Makcik-Makcik dan Pakcik kat sini.
Kami di bawa balik homestay dulu..sementara menunggu Mak, Kak Ya dan anak-anak sampai..Diarang naik flight lain..satu jam lambat dari kami.Umi satu flight dengan Family Kak Long.Lepas simpan barang kami dibawa ke rumah abang Kamil.Sementara tu abang Kamil ke Airport lagi..tunggu Mak pulak..
Rumahnya boleh tahan besar..Corner lot cam rumah Abang Kamil.
Ini udak Yon..kakak Mak ..gayanya lebih sihat pada mak walaupon dah 70-an Mak umi 68..
Lupa namanya apa..Cam buah melaka..tapi besar-besar..intinya kelapa..sedap makan panas-panas..
Tak Lama selepas tu Pak Usu Mala sampai dengan anaknya..satu-satunya Pakcik belah Mak.Bila semuanya dah sampai..kami dijamu nasi..Gambarnya pulak takde..Umi tak pasti Umi ada amik gambar ataupon tak..seronok sangat tengok makanan sampai lupa agaknya nak snap..hihi..Memang selera kitarang semua makan..
Lepas makan dan beramah mesra..Kami balik homestay.rehat sekejap..lepas maghrib nak keluar jenjalan dan makan-makan..
Bila dah ramai camni..memang sukar nak tepati waktu. Itu pon bilik air ada 3..berebut-rebut jugak..
Sementara yang lain siap....apalagi..berselfie la ya..Umi kasi satu gambar jer..kang ada yang muntah tengok mak orang terlebih selfie..
Kami pergi 2 kenderaan..satu Van dan satu kereta..tak muat Van kalau masuk semua..so sorang dua kena naik kereta sepupu Umi.
Abang Kamil bawak kitarang berjumpa dengan Ku-ching dulu..memang tak sah kalau tak amik gambo dengan Kucing kalau dah sampai sini.
adik dan kakak..sweet tengok gambar ni..
Anak buah Umi Si Aen tanya kenapa kucing ni sekor jer?Nak yang ada banyak kucing..hihi..tak sabau..ada..tempat lain..Jom pergi..
gambar tak clear..sayangnya..
bersama kakak,abang ipar dan abang Kamil
Acara bergambar selesai ,kami jalan-jalan cari makan pulak..
Biasalah dah sampai tempat orang haruslah merasa masakan sana..mee kolok jer yang Umi ingat makanan lain Umi lupa namanya..gambar pon tak ambil..Umi share dengan anak-anak..merasa sikit sorang..sedap jugak..cuma bagi Umi kalau pedas lagi terangkat..:)
Lepas makan kami singgah uptown kat sana..biasa-biasa saja..si Afif dapat mainan..Umi tak beli apa-apapun..
Panjang pulak N3 ni..Dah jejak ke lantai..kita sambung part 2 nanti..
Percutian sambil mengeratkan silaturrahim terasa lebih seronoknya Sura. Nak jalan-jalan pun bagaikan dah ada tour guide.
ReplyDeletealahai..edisi entry buat cik nor jeles ni kak..hihi
ReplyDeletePCL ada plan nak ke sarawak jg .. nak makan mee kolok ori di sana, tapi belum tau lagi ... masih dalam perancangan.
ReplyDeletePercutian sambil bertemu sanak saudara..kedengaran best kak sura..sakn bergambar dekat kucing..mi kolok wajiblah kan dh namanya sarawak..
ReplyDeleteOk tunggu part 2 plak
Wah percutian seluruh keluargalah kiranya ni Sura yer.....
ReplyDeleteTulah bila berjalan dah ramai ramai ni mmg kena menunggulah kan. Terutamanya nak guna bilik air.
Tapi ok jugak Sura ....sambil sambil tu kita boleh berselpie hihih
Camne lak mak sedara Sura boleh di Kucing yer... Ingatkan semuanya kat Kelantan.
sebenarnya mak orang sana..kawin dengan arwah abah orang Kelantan..:)
DeleteOoo....patut ler
Deletewah! bercuti ke Kuching yer...bestnyer...bunda dah lama tak kesana....2 orang anak2 bunda lahir kat Kuching Serawak...
ReplyDeleteteringin nak pi kuching jgak huhu
ReplyDeleteSeronoknya pergi Kucing dah lama kak zai tak pergi. Banyak tempat melawat terutamanya Sarawak Cultural Village dan jgn lupa beli kek Sarawak.
ReplyDeletebestnyer jalan2 seberang laut sememnanjung
ReplyDeletede lg moksu update blog hihi
ReplyDelete