Monday, October 20, 2014

Tentang Hati..

Salam Isnin ...
Semoga hari-hari kita bertambah baik..InShaa Allah...

Beginilah kehidupan..sebelum kita berakhir atau bumi berakhir..Kehidupan harus diteruskan seperti biasa.Satu lagi hari Isnin..Hari pembukaan kerja ..Kalau kat rumah memang hari-hari buat kerja...ada sahaja kerja..

Pagi tadi sebelum pergi kerja ..Umi sempat lagi melipat kain..menggantung baju...sambil melihat/mendengar televisyen..Banyak jugak ilmu yang dapat..Rancangan 'Tanyalah Ustaz' tu memang sangat bagus..Dapat mempelajari ilmu baru..dan dapat mengingatkan kita tentang  ilmu2 yang mungkin dah berkarat..dapat jugak digilap balik..Umi ambil contoh Umi sendiri..banyak jugak yang Umi lupa..Bila Ustaz cakap..barulah ianya datang balik.

Hari ini rasa nak kongsi pula tentang apa yang Umi dengar tadi..Tapi yang Umi nak kongsi ni sikit sahaja..Tentang 'hati'.

Ada 3 jenis hati..

1. Qalbun Mayyit( Hati yang Mati).
Jenis hati ini adalah jenis hati orang-orang kafir. Syaitan telah menjadikan hati orang-orang tersebut sebagai rumahnya sehingga syaitan-syaitan itu  berkuasa secara penuh dan berbuat apa saja di dalamnya. Hati jenis ini sangat sukar untuk diubati. Walaupun demikian, bukan mustahil bagi mereka untuk mendapatkan hidayah kerana hidayah Allah boleh datang kepada siapa saja termasuk  orang-orang yang berhati seperti ini.

2.Qalbun Maridh( Hati yang sakit )
Jenis hati ini telah mendapatkan cahaya. Namun cahaya yang didapatkannya masih redup sehingga masih ada bahagian hatinya yang gelap. Syaitan masih boleh masuk dengan berleluasa ke dalam hati ini. Hati jenis ini tidak boleh merasakan kemanisan beriman dan ketaatan kepada Allah, sering terjerumus ke dalam dosa. Walau demikian, hati jenis ini lebih mudah diubati daripada jenis hati Qalbun Mayyit. Umi tertarik dengan contoh yang Ustaz cakap pagi tadi..Contoh orang yang ada hati sakit..macam ni..Katakan kita terjumpa orang yang kita tak suka..kita cakap.."Allah..pagi-pagi dah tengok muka dia..buat hilang mood jelah pepagi ni"..Maknanya hati kita tidak menjadi senang atau tenteram.

3.Qalbun Salim( Hati yang selamat )
Qalbun salim merupakan jenis hati yang paling baik. Hati jenis ini merupakan hati yang dipenuhi dengan keimanan. Orang yang memiliki qalbun salim akan mampu melawan segala bentuk syahwat dan godaan syaitan. Jenis hati ini diterangi dengan cahaya yang terang benderang. Orang yang memiliki hati seperti ini akan selalu merasakan kenikmatan dalam beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah bahkan berperang di jalan Allah SWT.

Yang mana satu hati kita tergolong.?Ya Allah perbaikilah tahap hati kita semua..Semoga hati kita semua djaga oleh Allah dalam keadaan Qalbu Salim..InSha Allah...

13 comments:

  1. saya pon selalu layan Tanyalah ustaz sebelom pergi kerja. memang banyak memberi manfaat untuk kehidupan seharian kita sebagai seorang Islam

    ReplyDelete
  2. Rancangan yang wajib tengok, rugi kalau tak tengok. Banyak ilmu yang boleh kita perolehi dari rancangan tersebut.

    Semoga kita semua dalam golongan yang ketiga qalbut salim in shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. eh2 sama pula ye kak..cuma pengisian lain..hehe

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, ALhamdulillah dapat ilmu baru. terima kasih. =))))))) senyum sampai telinga

    ReplyDelete
  5. Kak Sura.. Zura kalo cuti or MC mesti layan tanyalah Ustaz. sbb kalo hari keje memang x sempat nak tgk TV. kol 7 lebih dh start hantar anak gi pengasuh.. 7.20 dh turun pergi keje.. memang rasa rugi sgt. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Menyempat jugak kak sura menonton tv. Fiza pulak... Nasib baik dah iron baju awal. Sempat sediakan breakfast je. Hehe...

    ReplyDelete
  7. Mahu mendidik hati bukan boleh sehari-dua kan Sura. Sebab itulah kita kena sentiasa istiqomah setiap hari utk mencari yg lebih baik bagi menjadikan hati kita sentiasa berada dilandasan yg diredhai...

    ReplyDelete
  8. moga kita tergolong dlm kalangan "hati yg selamat".. insyaAllah sama2 mendidik hati..:)

    ReplyDelete
  9. moga tergolong dlm hati yg ke3 tu ya kak sura..klu duty pagi tanyalah ustaz ni mmg wajib tonton..:)

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing kak.
    Smoga hati kt tgolong dlm gol hati y selqmat tu

    ReplyDelete
  11. TQ atas perkongsiannya Sura.... rasanya OKje dengar dah hujung hujung ......Ni Ustaz Elyas kan yg bagi ceramah.

    ReplyDelete

Ummi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)