Thursday, January 31, 2013

Selamat Hari Jadi Angah

Tanggal 31.01.1999..adalah hari kelahiran puteriku yang kedua..Nur aniqah Auni..umi sendiri yang bagi nama..abah memang x berpeluang nak bagi nama anak2(kesian abah )..dan hari ini dalam sejarah adalah hari ulang tahun kelahiranmu Angah..SELAMAT HARI JADI sayang..semoga dipanjangkan umur , diberi
kesihatan yang baik dan yang paling penting menjadi anak yang solehah..

Umi sentiasa berdoa untuk angah dan anak-anak umi yang lain.Umi mengharapkan Angah menjadi anak yang mendengar kata Umi dan abah(angah ni degil sikit).Tapi Alhamdulillah rasanya sekarang ni dah kurang sikit menjawap..Angah tahu tak setiap kali Angah menjawap hati Umi ini bagai diguris-guris(sakit hati tau)..abah pun selalu cakap dengan umi..Angah ni suka menjawap..Umi pun x tau apa nak buat dengan Angah..Umi hanya dapat menadah tangan memohon dariNya agar Angah menjadi anak yang baik..Ingat tak Ngah..dulu Umi selalu amik air daripada rumah ustaz bagi Angah minum..air tu khas untuk Angah..memang ada perubahan..Angah banyak berubah..kurang menjawap..

Sebenarnya Angah adalah seorang anak yang baik..cuma angah suka menjawap dan memberontak aje..kalau Angah buang semua sikap tu..tentu Angah jadi lebih baik..Angah selalu tolong Umi kemas rumah(boleh dikira selalu la jugak),masak nasi,kupas bawang,jaga adik-adik..TERIMA KASIH ANGAH..kalau Angah takde susah jugak Umi..dan satu lagi Umi nak pesan dengan Angah..Angah kena banyak bersabar dalam membuat sesuatu pekerjaan..jangan suka merungut ya sayanggg...

Nanti petang Angah balik sekolah Umi wish ya..Umi dah beli kek pun untuk Angah..nanti malam kita celebrete Hari Jadi Angah..OOoo Ya..Umi nak belanja sate la hari ni.!!


Angah!!!Umi Sayang Angah!!

Diam tak diam dah besar anak dara Umi..dah tua la Umi..Umi pun kena la buang pe'el gila-gila Umi..anak2 dah besar bermakna Umi semakin....ohhh tidakkkk!!!hahaha..

Wednesday, January 30, 2013

DI LEMA WANITA


Setiap pagi sebelum pergi kerja aku mesti buka t.v tengok rancangan Dilema wanita(yang penghujungnya ada Dr Fadhilah Kamsah bagi nasihat tu).walaupun tidak menonton sepenuhnya,hanya pasang telinga sambil2 buat kerja..aku memang suka dengan rancangan ini,ia dapat memberi kita banyak pengajaran dan panduan.Mungkin juga terkena atas batang hidung sendiri..hehehe..

Bila dah tengok banyak episod..mula la macam-macam yang berputar difikiran..mengeluh didalam hati..mengapa la wanita banyak sangat dilema dan masalah?kenapa wanita begitu,begini..semua bermain difikiran ku..tapi apa melekat difikiranku adalah kata2 dari Dr Fadhilah Kamsah,Allah memberikan kita ujian yang dia tahu kita mampu untuk menghadapinya..aku setuju sangat..setiap orang lain ujiannya..Allah menguji kita dengan caranya tersendiri..

Apa yang aku harapkan ialah setiap wanita haruslah memahami hati wanita lain,letakkan diri kita ditempatnya..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...setiap wanita akan mengalami apa wanita lain lalui(kitaran kehidupan)..menjadi seorang anak,isteri,ibu,nenek,ipar,biras dan lain2 lagi..seharusnya kita lebih memahami hati wanita lain..apa rasa bila hak kita diambil..(dimadu)dan apa rasa wanita yang sanggup dimadukan,jangan lah kita menyalahkan satu sama lain kerana kita tidak merasa apa yg mereka rasa..setiap yang terjadi adalah qodo dan qadar..ada hikmah yang tersembunyi yang kadang kala kita tidak mampu merungkainya..

Jangan kita menyakiti hati wanita lain..bila berbicara jaga lah mulut kita jangan sampai orang tersinggung..walaupun kita seorang mertua..jagalah juga hati menantu2 kita..tidak bermakna YANG TUA boleh senang2 nak lepas cakap..kalau bercakap pasal Mak Mentua rasa banyak aje idea yang masuk..hahaha..bukan nak mengata mak Mertua sendiri..Mak mertua aku..o.k..o.k la.lagipun kami duk jauh..jumpa setahun sekali je..hehehe selamat..

Begitu juga sebagai ipar duai..kadang2 bila dah bukak bual sesama sendiri ada pulak pihak yang tersinggung..tapi bagi aku,senang aje..kalau terdengar benda2 yang x elok aku buat biasa jer(buat dokk jer)aku cuba x nak terasa dan memaafkan semua pihak..cuba menjadi terbuka dan berhati kebal..jangan amik pusing dengan benda2 kecil yang x memberi faedah..sekarang ini aku cuba memandang sesuatu itu dari sudut positif dan kasih sayang sesama manusia..(pandangan dari mata hati)sebabnya banyak yang tertipu bila memandang dengan bijik mata!!!

Setakat ini la aku melalut bagai..nanti sambung lagi..chow adios amigos..



aku seorang anak,isteri dan ibu

Shaklee-Supplement terbaik!!


 Aku adalah pengguna dan pengedar Shaklee..kat tempat kerja aku semuanya makan supplement Shaklee.
Produk Shaklee ni memang x bleh nk dipertikaikan kebaikannya..lg pun umum dh tau pasal Shaklee..meme tgh panas produk-produknya..vit c laris sampai x der stok..bulan 4/2013 br ade..sedeynya..sbb ramai yg nak!!
   Alhamdulillah dengan Shaklee juga pendapatan aku bertambah..downline pun dah bertambah..syukur padaMu Ya Allah diaatas rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.


Terima kasih kerana temukan aku dengan Shaklee..selain untuk  diri dan keluarga dapat juga menolong dan  memberikan kebaikan kepada orang lain.Aku juga gembira bila berjumpa dengan orang yang mengambil berat tentang kesihatan dan berkongsi kebaikan dengan produk Shaklee..

Terima Kasih Shaklee!!!

Sesiapa yang ingin mengetahui tentang Shaklee bolehlah ke sini.

Tuesday, January 29, 2013

SET DIET SHAKLEE


JOM DIET SECARA SIHAT DENGAN SHAKLEE!!

1.Herb-lax: Bertindak untuk memecahkan lemak-lemak lama.(Detox-detox adalah proses dimana segala toksin,
lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dibuang melalui proses pembuangan air besar)
Membantu masalah sembelit
Mengempeskan perut
Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa
atau dicampurkan dalam air panas,sebagai minuman teh herba.

2.Lecithin: Membantu membakar lemak (boleh membantu dalam mengawal tekanan darah, gula dan kolestrol)
Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan
pelangsingan yang seimbang.
Mencantikkan otot dan kulit-membentuk membran sel,melembabkan dan menghaluskan kulit
untuk kulit ysang yang cantik,mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

3. Cinch Shake: Leucine dlm Cinch merangsang sintesis protein utk kekalkan otot semasa pengurangan berat dari
lemak.Cinch shakes penting kerana protein akan bantu aktifkan kilang dalam badan.Kilang aktif
baru senang berat badan turun.Cinch mengandungi 24gm protein(produk lain dipasaran hanya
10gm protein),memberi rasa kenyang yang lama, mineral untuk menyokong kesihatan dan nutrisi
seimbang semasa diet.
4.Cinch Energy Tea Mix:Penggalak tenaga semulajadi,meningkatan tenaga dan ketahan badan dan meningkatkan
metabolisme dengan cepat.

5.Alfafa:Untuk proses detox,sama juga dengan Herb-lax-bagi ibu yang menyusu digalakkan mengambil alfafa daripada Herb-lax,dikhuatiri kesannya pada anak.

ni masa bam-bam(raya puasa 2012)


dah o.k skit(27/1/13)baju saiz m

Model diri sendiri..hehehe...rasanya klu x main2 diet boleh turun lagi..walaubagaimanapun bersyukur boleh pakai baju cam gini walaupun anak dah 4!!!(teringat kata-kata PM-President Master:diri kita adalah Example yang terbaik untuk orang lain)

makan produk Shaklee,kulit pun cantik..rasanya dh cerah sikit..(perasan pun ada)hahaha!!
ni pic anak dara  umi..(pun sibuk nk diet)
Anak dara ni pun makan lecithin jer...kalau nak lebih2 kena la tunggu la abis sekolah,kerja n beli sendiri..x larat nak tanggung!!


sesiapa yang berminat/mendapat rundingan bolehlah hubungi saya..
sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan dan berminat dengan supplement Shaklee juga boleh hubungi saya dan saya akan  dapatkan nasihat daripada doktor tempat saya bekerja.(doctor adalah upline saya).Saya akan cuba yang terbaik untuk sesiapa yang mendapatkan khidmat saya.



Monday, January 28, 2013

Set Ibu Mengandung


Berita baik buat ibu-ibu mengandung yang tengah mencari Supplement yang terbaik untuk kandungan dan kesihatan semasa mengandung..


Supplement adalah penting semasa proses kehamilan.Setiap ibu mengandung pasti inginkan kesihatan yang baik dan bayi yang dikandungnya mempunyai cukup zat.Shaklee mempunyai supplement yang sangat baik untuk para ibu mengandung.

1.B-Complex-Asid Folik dalam b-complex memenuhi keperluan ibu mengandung.Asid Folik memang diperlukan untuk trimester pertama ibu mengandung.Ianya penting untuk pertumbuhan/perkembangan janin.Selain itu vitamin B-5 yang terdapat dalam B-Complex dapat membantu mengelakkan berat badan berlebihan.

2.Energizing Soy Protein (ESP)-Menguatkan rahim dan membantu pembentukkan otot bayi.

3.Ostematrix-(kalsium) memenuhi keperluan kandungan.Umum mengetahui kepentingan kalsium,lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung.Ianya penting untuk tulang bayi.Apabila bayi menyerap kalsium,ibu yang kekurangan kalsium akan mengalami kejang otot(cramps).Disinilah pentingnya kalsium untuk ibu dan anak.Bayi akan menyerap lebih kalsium apabila memasuki trimester ketiga(7 bulan keatas).

4.Vita-Lea-Multivitamin-Pelengkap Nutrisi.Memulihkan selera makan(bagi yang mengalami alahan)dan melancarkan proses pencernaan.
Zat besi dalam Vita-Lea membantu mengelakkan komplikasi kelahiran.

5.Vita C-Membantu pembinaan sel yang sihat dan meningkatkan sistem imun badan.

 
 



Friday, January 25, 2013

Puding Gula Hangus

Salam semua..
Hari ini Umi nak berkongsi resepi Puding Gula Hangus..Memang ramai orang dah masukkan resepi ni di blog2..tapi Umi nak jugak menempel resepi cara aku sendiri..yalah lain tangan lain rasanyakan??..
O.K..mula-mula bahan-bahannya:

puding gula hangus

























  1. Susu Cair satu tin
  2. Susu Pekat satu Tin(jangan pakai semua,ikut citarasa nak manis atau kurang)
  3. 3-4 sudu tepung kastard(kalau suka lembik kurangkan kastard/sebaliknya)
  4. Gula 2 sudu besar(untuk gula hangus)
  5. Satu sudu kecil esen vanila
  6. 5 biji telur ayam(kalau yg besar/gred a pakai 4 jer..)
Cara-caranya:
Panaskan gula didalam loyang dan campurkan sedikit air,kacau sehingga kuning dan tutup.ketepikan.                  
                                                                                     

Pukul telur ayam sehingga kembang,masukkan susu cair 1 tin,susu pekat mengikut citarasa,tak perlu habiskan satu tin sebab nanti manis sangat..kemudian bancuh tepung kastard dengan semangkuk air.(pakai mangkuk saiz biasa)campurkan dengan bahan2 tadi.Akhir sekali masukkan satu sudu esen vanila.Selepas itu tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus tadi.Kemudian kukus selama 45 minit.














Selepas 45 minit,tutup dan biarkan seketika,selepas itu simpan didalam peti sejuk selama4-5 jam.bila nak makan terbalik didalam pinggan besar..sedap dinikmati pabila sejuk..














masa untuk menikmati..nyum..nyum..


Anak-anak memang suka puding ni..abahnya pun sama..so pada sesiapa yang belum pernah buat puding ni..boleh la cuba ikut cara umisura..
Selamat Mencuba!!!











Set Berpantang Shaklee

Salam Semua..
Buat ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata dan akan berpantang disini saya ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan anda semua.























Set Ibu Berpantang /Confinement Set.

Zat Besi dalam Vita-Lea mengelakkan anemia dan kekurangan darah selepas bersalin.Vita-C membantu menyegarkan sel badan dan mengelakkan kulit kusam.
Vitamin B5 dan B6 dalam
B-Complex membantu mengawal stress dan mengelakkan meroyan.Zinc membantu mempercepatkan penyembuhan luka

Add on»»Protein dan Kalsium dalam
Alfalfa/ESP meningkatkan nutrisi & kuantiti susu badan. 

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya :017-2816462

#pengalaman saya semasa dalam pantang-bila baby kuning,Doctor/nurse akan menasihatkan kita supaya tidak makan jamu atau ubat2 tradisional,nak sapu cream panas seperti Pati Halia pun x boleh,bila BP naik pun x boleh makan ubat2 tradisional.Semua jamu/tradisional yang saya beli pun x pakai,jadi membazir#

P/s:Kalau keluar hospital pun(selepas bersalin) biasanya kita akan dibekalkan dengan zinc dan folic acid..

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul buat semua..dan selamat bercuti..Sama-samalah kita memberi lebih penghayatan kepada mengenali nabi dan mengikuti Sunnah Baginda.Semoga kita semua menjadi umat yang sentiasa mengikuti dan mengamalkan Sunnah Baginda..bukan setakat pergi berarak saja...panas je dapat!!


Tiba-tiba teringat pulak lagu kumpulan Hijjaz-Rasullah..aku memang suka lagu ni..dan bila menghayati lagu ini aku boleh mengeluarkan air mata..Semoga cinta ku sentiase mekar kepadamu Ya Rasulullah S.A.W..

Rasulullah dalam mengenalmu,Kami susuli lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran...

Masa berMuka Buku tadi terjumpa biodata Rasulullah.dan sejarah ringkas,bolehla share kat sini..


   Semoga perkongsian ini menyegarkan kembali apa yang kita pelajari waktu dulu2..dan lebih mengenali Nabi kita Muhammad S.A.W.


Tuesday, January 22, 2013

Menyepi

Sudah lama aku menyepi..disebabkan 'kebusyan" yang  teramat dan tak terkejar..ilham nak menulis pun merundum..ini pun disebabkan ketagihan untuk menulis jadi ku curi-curi masa sikit..sekadar melepaskan kerinduan pada diari online ni...kalau dulu-dulu(zaman anak dara)memang aku rajin menulis diari..
Anak-anak daraku seorang pun tak ikut perangai aku..suka menulis diari..maklumlah..budak sekolah zaman sekarang.memang sibuk..aktiviti koko la..tusyen..rumah sukan,homework..bla..bla.bla..kekadang kesian jugak dengan diarang..aku dah nak sambung kerja balik..huhuhu..bye..bye..(otak dah masuk air!!)


dah lama tak outing dengan anak2!!