Thursday, July 10, 2014

KURUNG MODEN LACE CANTIK

Assalamualaikum semua..Moga puasa hari ini lebih baik dari semalam..Bagaimana persiapan raya korang..dah beli semua?terutama pakaian yang hendak di pakai dihari pertama lebaran..Mesti nak yang cantik..yang orang akan terpegun bila melihat kita memakainya..Yalah..setahun sekali kan..Baik anak dara mahupun mak orang..pasti nak bergaya di hari Mulia ni.. Buat yang masih tercari-cari lagi baju..atau nak tambah lagi baju koleksi untuk raya..jangan risau Zalorakan ada..Tak payah nak susah-susah ..hanya dihujung jari jer..




 Tinggal berbaki beberapa minggu lagi Syawal akan menjelma.. Pastinya ramai diantara kita yang sedikit sebanyak telah mula membuat persiapan. Baik lelaki mahupun wanita, satu set persalinan baju raya adalah persiapan yang terpenting sekali. Benar bukan? Bak kata orang, Hari Raya tidak akan meriah tanpa persalinan baju raya yang serba baru. Seperti tahun-tahun yang sudah, baju kurung moden lace seakan-akan menjadi suatu fenomena yang melanda negara kita. Lebih-lebih lagi dengan keluaran koleksi-koleksi eksklusif daripada pereka-pereka fesyen tersohor tanah air seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Melinda Looi dan ramai lagi. Masing-masing sebulat suara membariskan koleksi kurung moden lace yang begitu menawan dan elegan.

Apa yang menarik, penggunaan lace merupakan perincian yang masih relevan dan mampu mengubah sesuatu rekaan yang dianggap biasa kepada penampilan yang amat menakjubkan. Gabungan corak dan warna lace yang berpadanan dengan rona fabrik asas yang digunakan adalah kunci kepada keberhasilan sesebuah koleksi.Malah ianya semakin terserlah. Lihat sahaja contoh koleksi kurung moden lace di link ni:Kurung Moden Lace





 
Penggunaan lace yang berwarna sepadan dengan fabrik berona pastel menyerlahkan keayuan si pemakai dan kelihatan sangat ‘sweet’. Pemilihan fabrik berona sedikit terang juga masih mampu menonjolkan keanggunan si gadis seperti dalam gambar yang disertakan di bawah;

Untuk gaya yang elegan, terdapat juga koleksi kurung moden lace yang menggunakan padanan lace berona kontra dengan fabrik lace. Anda juga boleh memilih untuk menggayakan kurung moden lace yang berfesyen color blocking atau erti kata lain menggabungkan dua rona yang kontra. Seperti penggunaan lace berwarna hijau dan fabrik asas berwarna biru misalnya.

Kongsikan keterujaan anda menyambut Hari Raya bersama ZALORA Malaysia hari ini juga untuk koleksi kurung moden lace yang menakjubkan. ZALORA Malaysia merupakan destinasi membeli-belah online yang terbaik untuk anda dan nikmati pelbagai tawaran hebat, potongan besar-besaran dan proses pembelian yang termudah. Beli baju raya online anda sekarang dengan harga yang terbaik di Malaysia!
   
Apa tunggu lagi..korang cepat la terjah Zalora..Semuanya cantik-cantik..rasa nak beli semua..
Umi bebel lebih-lebih pun tak guna kan..baik korang tengok sendiri ..mana yang berkenan boleh la beli.

20 comments:

  1. Replies
    1. betul Cik Nor..semua cantik2..rambang mata..:)

      Delete
  2. adoi tak boleh tahan ni, jom kita shopping..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...sura pun ada nak cari barang kat zalora..

      Delete
  3. Siapa tak tahu Zalora punya baju yg cantik-cantik tu Sura
    Kalau anak-anak dara kita pakai mesti suka kan..
    Kakak tapi tak belilah sesaja aje cakap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak2 dara pakai memang cantik la kak..nanti boleh sura beli untuk along..:)

      Delete
  4. canteknyeeee... sayangnye saiz utk org slim2 jer. uwaaa.
    org gebus cam zura susah nak carik saiz. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala zura ni..ada yang saiz xl ape...akak pun gebus jugakk..hihi..slalu sangkut tang dada..haha..

      Delete
  5. Memang cantik yang ada kombinasi dengan lace ni....tapi tak boleh pakai selalu...perayaan ni ok lah...kena hati2 sikit takut lace dia rosak... tersangkut ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Bunda..kena hati-hati..sayang oo..kalau dah tersangkut..selalunya kena cincin yg ada permata..kena hati2..:)

      Delete
  6. Salam Ramadhan kak Sura..lama tak dtg sini...
    wahh lawa2 baju tu semua nya.. nak kena terjah Zalora juga ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah jangan tak terjah...dapat rembat satu pun jadi la...:)

      Delete
  7. Akak pun tempah baju lace utk raya ni..tapi lace vitnam jer. ZALORA..mahal kut..

    ReplyDelete
  8. memang cantik2..janji dalam akaun pun cantik jugak..hihi

    ReplyDelete
  9. baju2 kat zalora mmg cantik dan harga pon berbaloi. tapi saya dah beli dah baju raya.. dgn kawan yg buka kedai. malas nak gi jalan2 cari

    ReplyDelete
  10. mmg cantik2 sbb designer dia otai2 kan.. tp harga blh tahan jugak ni

    ReplyDelete
  11. cantik mmg cantik...tp sy muat ke??? ;-)

    ReplyDelete
  12. Baju kurung biasa jer okje ni Sura .....tak denya berlace lace....tak de size hehe

    ReplyDelete
  13. semua pn cantik..Diana tahun ni masih lagi dgn fesyen peplum dari jenis kain chiffon..hehe..

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)