Friday, September 26, 2014

Risaunya...

Salam Jumaat yang penuh barokah..Semoga kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat sehingga Jumaat depan dan seterusnya..

Pagi tadi Along demam..so takde la dia pergi sekolah..Apa yang merisaukan Umi ialah...selsema dan sakit kepala Along yang berlanjutan..rasanya masa trial(sebelum cuti sekolah hari tu) lagi dia dah tak sihat..Masa tu kami semua batuk-batuk dan selsema..Tapi Along yang paling teruk..Sehingga sekarang dia masih belum sihat sepenuhnya..Memang Umi risau..SPM tak lama lagi..kat sekolah pon dia tak boleh nak bagi tumpuan sangat sebab sakit kepala..lagilah risau..

Hari tu dah jumpa Doc..dah inject dan amik antibiotik..tak hilang jugak..Doc cakap along dah kena sinus..dia sakit kepala ..nak-nak bila bahagian dahi dan hidung..bila tunduk sakit..giginya pun sengal..
Semalam dia inject lagi..amik antibiotik yg kuat lagi..Kalau tak baik jugak kena pergi jumpa pakar ENT..Harap Along sembuh sepenuhnya lepas ni..Umi dah bagi Garlic suruh dia makan..sebelum ni Vit C jer..harap boleh membantu..Sayangnya Nutriferon takde..dah abis stok..Last kotak hari tu jual pada kak Normah..dia memang selalu beli..dia beli khas untuk anaknya yang amik UPSR...takut tak sihat..Doc pon memang suruh Umi bagi Along Nutriferon tu..tapi nk buat camne memang takde stok kat Shaklee.

Doc bagitau Umi..masa anak-anaknya nak exam SPM..3 bulan sebelum tu dia dah suruh anaknya amik supplement shaklee..Along pun ada bagitau..Cikgunya suruh pelajar-pelajar amik vit c..setakat vit c tu memang Along selalu amik..cuma Umi nak tambah BCo,Omega..kalau dah ada Nutriferon bolehlah bagi jugak..

Sebagai Ibu memang kita risau dengan kesihatan anak-anak..Apatah lagi bila musim peperiksaan..
Umi akan buat dan usaha yang terbaik untuk kesihatan anak-anak...Selebihnya Yang Maha Kuasa tentukan..Yang pasti kita kena berusaha dan berdoa..Moga Allah beri kesihatan yang baik untuk anak-anak kita semua...

Semoga Along kembali sihat seperti biasa

Sangat baik untuk diamalkan ...boleh meningkatkan antibodi...:)