Salah satu kaedah merancang kehamilan ialah dengan memakai Implan..dulu-dulu memang ramai yang pakai Implan ni..(masuk dalam isi di lengan) kat klinik tempat Umi kerja ni..Tapi sekarang Doc dah tak nak pasang lagi dah..sebab banyak yang komplen..macam-macam..ada kes tak period sampai setahun..ada kes berdarah jer memanjang(yg kat bawah)..macam2 lagi la..pastu time nak bukak bukan main seksa lagi..Umi pernah beberapa kali melihat doc buat...seriau jugak...biasanya pasang senang..nak bukak tu seksa..sebab dah tertanam dalam isi..doc kena cari dulu...sekarang ni memang doc tak nak buat dah..kalau ada yang nak kenala cari klinik lain.
Minggu lepas kebetulan masa Umi kerja kat kaunter ada patient call..Umi yang jawap..dia tanya kenapa lepas pakai Implan period dia keluar sikit-sikit ..masuk 2 minggu dah..pastu bukan timenya pulak..Macam doc pulak Umi menjawap..biasa kalau pakai Implan memang cam tu ..ada yang tak berhenti..ada yang tak period berbulan-bulan malah setahun pun ada..Umi tanya dia buat kat mana sebab setahu Umi doc dah tak nak pasang dah..Dia buat kat klinik lain.Umi pun terangkan la kat dia..mungkin sebab perubahan horman...atau ada gangguan horman..suruh jumpa doctor..cakap banyak-banyak pun tak guna sebab Umi bukan doctor..hehe..
Kadang -kadang Umi terfikir jugak susahnya orang perempuan..banyak nak kena jaga..termasuklah nak cari jalan macamana tak nak beranak tiap-tiap tahun(jenis yg subur la).Lelaki senyum jer..tetapi ada jugak lelaki yang sama-sama amik tahu pasal ni...yang sedih langsung tak amik tau..
Kalau makan ubat perancang tak elok lama-lama..pakai IUCD pun ok jugak tempoh 5 tahun...tapi dulu Umi pakai setahun jer..pastu suruh doctor bukak..Pakai IUCD ni mudah sakit pinggang..period lama..lambat nak habis..mau 7-8 hari..berbanding makan pil 3,4-5 hari jer..
Sudah banyak bebel ni..nak sambung kerja..kalau ikutkan banyak lagi nak cerita..takpela sambung lain hari..
Buat ibu-ibu yang nak merancang ..banyak pilihan sebenarnya..samada makan ubat perancang,injection,IUCD,dan Implan..dapatkan nasihat doctor apa yang terbaik untuk anda..
#kalau korang nak tahu bentuk Implan (susuk moden) tu macamana rupa..tengok gambar diatas..benda yang panjang dalam 2 inci warna putih..dekat ngan syringe dan alat yang cam gunting tu#yang tu doc baru bukak dari seorang patient..susah nak amiknya dah melekat..kena Umi menolongnya cabut..