Showing posts with label Renung santai. Show all posts
Showing posts with label Renung santai. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Tentang Hati..

Salam Isnin ...
Semoga hari-hari kita bertambah baik..InShaa Allah...

Beginilah kehidupan..sebelum kita berakhir atau bumi berakhir..Kehidupan harus diteruskan seperti biasa.Satu lagi hari Isnin..Hari pembukaan kerja ..Kalau kat rumah memang hari-hari buat kerja...ada sahaja kerja..

Pagi tadi sebelum pergi kerja ..Umi sempat lagi melipat kain..menggantung baju...sambil melihat/mendengar televisyen..Banyak jugak ilmu yang dapat..Rancangan 'Tanyalah Ustaz' tu memang sangat bagus..Dapat mempelajari ilmu baru..dan dapat mengingatkan kita tentang  ilmu2 yang mungkin dah berkarat..dapat jugak digilap balik..Umi ambil contoh Umi sendiri..banyak jugak yang Umi lupa..Bila Ustaz cakap..barulah ianya datang balik.

Hari ini rasa nak kongsi pula tentang apa yang Umi dengar tadi..Tapi yang Umi nak kongsi ni sikit sahaja..Tentang 'hati'.

Ada 3 jenis hati..

1. Qalbun Mayyit( Hati yang Mati).
Jenis hati ini adalah jenis hati orang-orang kafir. Syaitan telah menjadikan hati orang-orang tersebut sebagai rumahnya sehingga syaitan-syaitan itu  berkuasa secara penuh dan berbuat apa saja di dalamnya. Hati jenis ini sangat sukar untuk diubati. Walaupun demikian, bukan mustahil bagi mereka untuk mendapatkan hidayah kerana hidayah Allah boleh datang kepada siapa saja termasuk  orang-orang yang berhati seperti ini.

2.Qalbun Maridh( Hati yang sakit )
Jenis hati ini telah mendapatkan cahaya. Namun cahaya yang didapatkannya masih redup sehingga masih ada bahagian hatinya yang gelap. Syaitan masih boleh masuk dengan berleluasa ke dalam hati ini. Hati jenis ini tidak boleh merasakan kemanisan beriman dan ketaatan kepada Allah, sering terjerumus ke dalam dosa. Walau demikian, hati jenis ini lebih mudah diubati daripada jenis hati Qalbun Mayyit. Umi tertarik dengan contoh yang Ustaz cakap pagi tadi..Contoh orang yang ada hati sakit..macam ni..Katakan kita terjumpa orang yang kita tak suka..kita cakap.."Allah..pagi-pagi dah tengok muka dia..buat hilang mood jelah pepagi ni"..Maknanya hati kita tidak menjadi senang atau tenteram.

3.Qalbun Salim( Hati yang selamat )
Qalbun salim merupakan jenis hati yang paling baik. Hati jenis ini merupakan hati yang dipenuhi dengan keimanan. Orang yang memiliki qalbun salim akan mampu melawan segala bentuk syahwat dan godaan syaitan. Jenis hati ini diterangi dengan cahaya yang terang benderang. Orang yang memiliki hati seperti ini akan selalu merasakan kenikmatan dalam beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah bahkan berperang di jalan Allah SWT.

Yang mana satu hati kita tergolong.?Ya Allah perbaikilah tahap hati kita semua..Semoga hati kita semua djaga oleh Allah dalam keadaan Qalbu Salim..InSha Allah...

Friday, May 9, 2014

20 Penyakit hati terhadap Allah


Salam Hari Jumaat yang penuh barokah..semoga kita semua sentiasa dalam rahmatnya.Hari ni just copy paste punya n3.Semoga perkongsian ini memberi manafaat dan  keinsafan kepada Umi dan kita semua..
Sama-sama kita perbaiki diri..




                                              sumber FB

Friday, September 20, 2013

Renung Santai..

 Puteri-puteriku..Nur Athirah dan Nur Aniqah...

Engkau bertanya bagaimana cara mewujudkan CINTA ALLAH di hati?Ketahuilah sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba.Cinta tidak boleh dipaksa.CINTA ALLAH adalah pohon yang tumbuh secara beransur-ansur dalam hati.Pohon cinta ini ada benihnya yang perlu disemai,disiram,dibaja dan dibela.Tanah tempat menanam benih pohon cinta itulah HATI.Barang siapa yang sudi menanam benih pohon cinta itu dihatinya ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah sebagaimana benih pokok tidak pernah pupus,maka begitulah benih CINTA ALLAH akan terus menerus wujud hingga bila-bila.


Along,angah dan sepupunya Fatin

Friday, August 30, 2013

RENUNG-RENUNGKAN..

Perkongsian bersama...


                                                         kredit :FB the kelate state


Friday, April 26, 2013

Renung Santai Di Pagi Jumaat..

Salam YaumulJumaat..

Kejap jer dh jumaat..Alhamdulillah masih bernafas dan diberi kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga..Syukur padaMu Ya Allah..harap kenkawan blogger pun sama seperti aku...Aminn
Hari ni x nak bebel lebih..nak cuba kurang bercakap...

Jom kita renung-renungkan..

11 Tanda orang berbahagia


  1. Kurang bercakap melainkan yang perlu
  2. Sentiasa merendah diri(tawwakduk)
  3. Berkasih sayang sesama makhluk
  4. Bersahabat dengan orang soleh
  5. Menjauhi daripada yang haram
  6. Berguna kepada masyarakat
  7. Tidak rakus dengan dunia
  8. Memelihara solat lima waktu
  9. Sentiasa mengingati mati
  10. Pemurah dan baik hati
  11. Sibuk dengan ibadah               
Harap kita semua tergolong didalam golongan orang yang berbahagia..

senyum itu sedekah...

#Jom pakat senyum#