Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Perkongsian Di Hari Jumaat.

Assalamualaikum..Salam Jumaat..
Masa duk layan Fb tadi..Umi tertarik satu perkongsian yang sangat baik..
Jadi..Umi kongsikan pula disini..
Sama-sama kita cari kebaikan dan perbaiki diri..



Perkongsian Tausiah Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Habib Umar Al Hafiz.
(Masjid Kubang Kerian)
Syeikh Nuruddin Al Banjari
Mencintai ahlul bait bukan perkara sunat, bahkan diwajibkan kepada kita.
Jika benar kamu kasih kepada Allah maka ikutlah Rasulullah SAW.
Tidak akan beriman kalian sehingga kalian mencintai Nabi SAW melebihi daripada segalanya.
Jangan saling sesat menyesatkan, hasut menghasut, cerca mencerca, mencaci maki.
Tanda kasih kita kepada Nabi SAW ialah dengan mengikut perintah dan sunnah baginda SAW.

Habib Umar Al Hafiz
Orang yang berhimpun di dunia dengan dorongan hawa nafsu, mereka akan dihimpunkan di akhirat dalam keadaan hina dan jauh dari Allah.
Allah telah menggariskan jalan ke syurga begitu juga jalan ke neraka.
Orang yang bertaqwa akan diiringi oleh para malaikat untuk masuk ke dalam syurga dalam keadaan berkelompok, apabila mereka masuk ke dalam syurga maka malaikat berkata "salam sejahtera ke atas kamu".
Berkelompoknya mereka masuk syurga disebabkan ketika di dunia mereka dalam keadaan berkelompok dalam majlis kebaikan.

Hendaklah kita memeriksa isi hati kita masing2 dalam berinteraksi dengan makhluk Allah, kerana niat itulah tempat pandangan, tempat nilaian Allah.
Setiap manusia hendaklah memperhatikan maksud dan matlamatnya dalam suatu perhimpunan tidak kira perhimpunan itu dua orang atau tiga orang atau lebih.
Maksiat itu adalah penyampai (perantara) seseorang itu kepada kekufuran.
Orang yang sebenar beriman hanya tertumpu niatnya hanya kerana Allah semata mata.
Seorang mukmin yang sebenar tidak takut untuk berkata benar walau dikelilingi kamera dan alat2 lain, kerana bagi mereka Allah lah pelindung mereka pada setiap masa.

3 Nasihat Thawus Rah. :
-Takutlah kamu kepada Allah melebihi takut kamu daripada segala sesuatu.
-Hendaklah kamu menumpukan harapan kepada Allah lebih besar daripada kamu takut kepada segala makhluk lain.
-Hendaklah kamu kasih kepada saudaramu seperti mana kamu kasih kepada dirimu sendiri.
Perbanyakkanlah selawat kepada Nabi SAW pada malam dan hari jumaat kerana selawat itu sampai kepada Nabi SAW.

                                                  
                                                  
#sejuk mata bila tengok ramainya orang dalam majlis ilmu begini.#teringin#moga diberi kesempatan masa untuk majlis ilmu begini#

Friday, June 13, 2014

Husnul Khotimah

Salam Jumaat yang penuh barokah ni..
Alhamdulillah..masih diberi nafas untuk memperbaiki diri dari kekurangan..

Pagi tadi kawan sekolah dulu ada whapapp.Bila Umi membacanya terasa suatu keinsafan.Walaupun Umi tidak mengenali orang yang dimaksudkan yang telah pergi menemui Ilahi.Umi terasa ada sesuatu disitu..mahukan pengakhiran sepertinya..




Bagaimanakah pengakhiran kita?Bila fikir bagaimana pengakhiran kita memang takut sangat.apapun semoga kita berusaha kearah itu untuk suatu pengakhiran(akhirhayat) yang baik.

Tanda-tanda Husnul Khotimah



1.    Mengucapkan Syahadah Ketika Hendak Meninggal.

2.    Meninggal Dengan Mengeluarkan Keringat di Dahi.

3.    Meninggal Dunia Malam Jumaat atau Pada Siang Harinya.

4.    Syahid Di Medan Perang.

5.    Meninggal Dunia Dalam Keadaan Perang Di Jalan Allah.

6.    Meninggal Dunia Karena Penyakit Taun.

7.    Meninggal Karena Penyakit Dalam Perut.

8.    Meninggal Karena Tenggelam

9.    Meninggal Karena Tertimpa Reruntuhan

10.  Wanita Yang Meninggal Ketika Mengalami Masa Nifasnya Disebabkan (Melahirkan) 

11.    Meninggal Karena Terbakar.

12.    Meninggal Karena Tumor di Rusuk.

13.    Meninggal Dunia Karena Penyakit TB.

14.    Meninggal Dunia Karena Mempertahankan Harta yang hendak Dirampas.

15.    Meninggal Dunia Dalam Mempertahankan Agama.

16.    Meninggal Dunia Dalam Mempertahankan Jiwa.

17.    Meninggal Karena Berperang di Jalan Allah.

18.    Meninggal Dalam Beramal Solih.

Sumber : Syaikh Nasirudin Al-Albani, "18 Tanda Hunul Khotimah" Pustaka Ulil Abab

#sama-sama kita memperbanyakkan ibadah kita#

#senyum itu sedekah..jom kita pakat-pakat senyum!!jangan senyum sensorang nanti orang ingat kita tak berapa betul.hihi..Umi pon slalu senyum sorang2..tak brape betul kot Umi ni...#

Friday, May 9, 2014

20 Penyakit hati terhadap Allah


Salam Hari Jumaat yang penuh barokah..semoga kita semua sentiasa dalam rahmatnya.Hari ni just copy paste punya n3.Semoga perkongsian ini memberi manafaat dan  keinsafan kepada Umi dan kita semua..
Sama-sama kita perbaiki diri..




                                              sumber FB