Wednesday, January 30, 2013

DI LEMA WANITA


Setiap pagi sebelum pergi kerja aku mesti buka t.v tengok rancangan Dilema wanita(yang penghujungnya ada Dr Fadhilah Kamsah bagi nasihat tu).walaupun tidak menonton sepenuhnya,hanya pasang telinga sambil2 buat kerja..aku memang suka dengan rancangan ini,ia dapat memberi kita banyak pengajaran dan panduan.Mungkin juga terkena atas batang hidung sendiri..hehehe..

Bila dah tengok banyak episod..mula la macam-macam yang berputar difikiran..mengeluh didalam hati..mengapa la wanita banyak sangat dilema dan masalah?kenapa wanita begitu,begini..semua bermain difikiran ku..tapi apa melekat difikiranku adalah kata2 dari Dr Fadhilah Kamsah,Allah memberikan kita ujian yang dia tahu kita mampu untuk menghadapinya..aku setuju sangat..setiap orang lain ujiannya..Allah menguji kita dengan caranya tersendiri..

Apa yang aku harapkan ialah setiap wanita haruslah memahami hati wanita lain,letakkan diri kita ditempatnya..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...setiap wanita akan mengalami apa wanita lain lalui(kitaran kehidupan)..menjadi seorang anak,isteri,ibu,nenek,ipar,biras dan lain2 lagi..seharusnya kita lebih memahami hati wanita lain..apa rasa bila hak kita diambil..(dimadu)dan apa rasa wanita yang sanggup dimadukan,jangan lah kita menyalahkan satu sama lain kerana kita tidak merasa apa yg mereka rasa..setiap yang terjadi adalah qodo dan qadar..ada hikmah yang tersembunyi yang kadang kala kita tidak mampu merungkainya..

Jangan kita menyakiti hati wanita lain..bila berbicara jaga lah mulut kita jangan sampai orang tersinggung..walaupun kita seorang mertua..jagalah juga hati menantu2 kita..tidak bermakna YANG TUA boleh senang2 nak lepas cakap..kalau bercakap pasal Mak Mentua rasa banyak aje idea yang masuk..hahaha..bukan nak mengata mak Mertua sendiri..Mak mertua aku..o.k..o.k la.lagipun kami duk jauh..jumpa setahun sekali je..hehehe selamat..

Begitu juga sebagai ipar duai..kadang2 bila dah bukak bual sesama sendiri ada pulak pihak yang tersinggung..tapi bagi aku,senang aje..kalau terdengar benda2 yang x elok aku buat biasa jer(buat dokk jer)aku cuba x nak terasa dan memaafkan semua pihak..cuba menjadi terbuka dan berhati kebal..jangan amik pusing dengan benda2 kecil yang x memberi faedah..sekarang ini aku cuba memandang sesuatu itu dari sudut positif dan kasih sayang sesama manusia..(pandangan dari mata hati)sebabnya banyak yang tertipu bila memandang dengan bijik mata!!!

Setakat ini la aku melalut bagai..nanti sambung lagi..chow adios amigos..



aku seorang anak,isteri dan ibu

Shaklee-Supplement terbaik!!


 Aku adalah pengguna dan pengedar Shaklee..kat tempat kerja aku semuanya makan supplement Shaklee.
Produk Shaklee ni memang x bleh nk dipertikaikan kebaikannya..lg pun umum dh tau pasal Shaklee..meme tgh panas produk-produknya..vit c laris sampai x der stok..bulan 4/2013 br ade..sedeynya..sbb ramai yg nak!!
   Alhamdulillah dengan Shaklee juga pendapatan aku bertambah..downline pun dah bertambah..syukur padaMu Ya Allah diaatas rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.


Terima kasih kerana temukan aku dengan Shaklee..selain untuk  diri dan keluarga dapat juga menolong dan  memberikan kebaikan kepada orang lain.Aku juga gembira bila berjumpa dengan orang yang mengambil berat tentang kesihatan dan berkongsi kebaikan dengan produk Shaklee..

Terima Kasih Shaklee!!!

Sesiapa yang ingin mengetahui tentang Shaklee bolehlah ke sini.