Friday, September 20, 2013

Rezeki..

Alhamdulillah..cek yg ditunggu-tunggu dah sampai..sebulan sekali...tengah-tengah semput hujung2 bulan ni..bolehla tampung-tampung mana yang kurang..Syukur sekali lagi..rezeki ber SHAKLEE..Luasnya rezeki Allah kepada hamba-hambaNya yang berusaha..

rezeki berShaklee

Segmen 1st Mama

Salam petang hari Jumaat semua...tetiba jer rasa nak join segmen 1st mama..dari blog mama Norhasniza Bt Khalid..biasanya umi ni susah sikit nak join benda2 cam gini..tetiba pulak terbukak hati..hehehe..sbbnya syaratnya tersangatla senang...

 


Apalagi Jom kita sama-sama memeriahkan segmen ni..:)

Renung Santai..

 Puteri-puteriku..Nur Athirah dan Nur Aniqah...

Engkau bertanya bagaimana cara mewujudkan CINTA ALLAH di hati?Ketahuilah sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba.Cinta tidak boleh dipaksa.CINTA ALLAH adalah pohon yang tumbuh secara beransur-ansur dalam hati.Pohon cinta ini ada benihnya yang perlu disemai,disiram,dibaja dan dibela.Tanah tempat menanam benih pohon cinta itulah HATI.Barang siapa yang sudi menanam benih pohon cinta itu dihatinya ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah sebagaimana benih pokok tidak pernah pupus,maka begitulah benih CINTA ALLAH akan terus menerus wujud hingga bila-bila.


Along,angah dan sepupunya Fatin