Friday, November 28, 2014

Perkongsian Di Hari Jumaat.

Assalamualaikum..Salam Jumaat..
Masa duk layan Fb tadi..Umi tertarik satu perkongsian yang sangat baik..
Jadi..Umi kongsikan pula disini..
Sama-sama kita cari kebaikan dan perbaiki diri..



Perkongsian Tausiah Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Habib Umar Al Hafiz.
(Masjid Kubang Kerian)
Syeikh Nuruddin Al Banjari
Mencintai ahlul bait bukan perkara sunat, bahkan diwajibkan kepada kita.
Jika benar kamu kasih kepada Allah maka ikutlah Rasulullah SAW.
Tidak akan beriman kalian sehingga kalian mencintai Nabi SAW melebihi daripada segalanya.
Jangan saling sesat menyesatkan, hasut menghasut, cerca mencerca, mencaci maki.
Tanda kasih kita kepada Nabi SAW ialah dengan mengikut perintah dan sunnah baginda SAW.

Habib Umar Al Hafiz
Orang yang berhimpun di dunia dengan dorongan hawa nafsu, mereka akan dihimpunkan di akhirat dalam keadaan hina dan jauh dari Allah.
Allah telah menggariskan jalan ke syurga begitu juga jalan ke neraka.
Orang yang bertaqwa akan diiringi oleh para malaikat untuk masuk ke dalam syurga dalam keadaan berkelompok, apabila mereka masuk ke dalam syurga maka malaikat berkata "salam sejahtera ke atas kamu".
Berkelompoknya mereka masuk syurga disebabkan ketika di dunia mereka dalam keadaan berkelompok dalam majlis kebaikan.

Hendaklah kita memeriksa isi hati kita masing2 dalam berinteraksi dengan makhluk Allah, kerana niat itulah tempat pandangan, tempat nilaian Allah.
Setiap manusia hendaklah memperhatikan maksud dan matlamatnya dalam suatu perhimpunan tidak kira perhimpunan itu dua orang atau tiga orang atau lebih.
Maksiat itu adalah penyampai (perantara) seseorang itu kepada kekufuran.
Orang yang sebenar beriman hanya tertumpu niatnya hanya kerana Allah semata mata.
Seorang mukmin yang sebenar tidak takut untuk berkata benar walau dikelilingi kamera dan alat2 lain, kerana bagi mereka Allah lah pelindung mereka pada setiap masa.

3 Nasihat Thawus Rah. :
-Takutlah kamu kepada Allah melebihi takut kamu daripada segala sesuatu.
-Hendaklah kamu menumpukan harapan kepada Allah lebih besar daripada kamu takut kepada segala makhluk lain.
-Hendaklah kamu kasih kepada saudaramu seperti mana kamu kasih kepada dirimu sendiri.
Perbanyakkanlah selawat kepada Nabi SAW pada malam dan hari jumaat kerana selawat itu sampai kepada Nabi SAW.

                                                  
                                                  
#sejuk mata bila tengok ramainya orang dalam majlis ilmu begini.#teringin#moga diberi kesempatan masa untuk majlis ilmu begini#

5 comments:

  1. ayat last entri akak sama dengan tajuk kita arini kak sura..
    semoga jadi amalan kita bersama

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar kak
    Semoga dengan perkongsian kita lebih bermunasabah dan ingat mengingati sesama manusia

    ReplyDelete
  3. Tazkirah kakak dan kawan-kawan yg ke masjid tempat kakak sekarang sedang rancak dlm bab cinta Sura.. Jadi seperti yg Sura jadikan N3 ini juga disentuh. Kami baru masuk sessi pertama akan bersambung tiap minggu sehingga akhir buku. Kakak bukunya pun belum beli. Mungkin malam ini...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi tazkirah semoga sama2 ingat mengingatkan.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang amat bermanfaat

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)