Tuesday, March 22, 2016

Al Kisah Seminggu..

Assalamualaikum semua..
Hari ni terrrajin sikit..Nak update perjalan hidup dalam seminggu dua ni..Macam-macam cerita..cerita biasa-biasa..

Along balik bermalam dirumah hujung minggu haritu..last balik bermalam..lepas ni tak de dah rasanya..dia pun dah nak abis belajar kat Matrik tu..kejap jer masa berlalu..si Angah nak SPM..Aqil pulak UPSR..fenin umminya..

Sesekali Along balik..si Afif la yang nampak suka sangat..budak..tak pandai nak cakap rindu...bila tengok reaksinya ..tahu yang dia rindukan Alongnya...memang dia rapat dengan Alongnya..

lepas amik Along kat Komuter ..terus bawak gi makan...

Cuti sekolah minggu lepas..Umi tak bercuti kemana-mana..kesian tengok anak-anak..Abahnya belanja tengok wayang jer..tu pon diarang dah seronok..

Cam biasa ..si Afif tak sabar..



Kitarang tengok ZOOTOPIA......

Lepas beli tiket..terus pergi amik popcorn dan air..kami beli yang pakej..murah sikit..Si Afif beria nak pegang popcorn dan air..tapi Umi tak bagi..takut tumpah..apa yang Umi takutkan terjadi jugak..bila dia tolong pegangkan air angah..tak sampai seminit..air tumpah..habis...adoi..

Kalau dah kesini..tak sah kalau tak makan Ayam Penyet..Afif suka sangat..ikutkan Umi nak makan Subway jer..

Tak de yang menarik cuti sekolah ni..ditambah cuaca yang sangat panas..Umi duk rumah jer..Hari minggu haritu ingat nak keluar gak gi Mall..adik ipar pulak datang..so Umi masak jer kat rumah..sebelum tu dah siap cakap dengan En Hubby..ari ni nak cuti masak..nak kemas rumah jer..coz semalam Umi dah masak..buat kari ayam..dan pulut kuning..ayam goreng pon tergolek dlm petiais takde terusik..nasi separuh periuk lagi..petang minggu Umi goreng behon dan keropok jer..hihi.jadik ler..kesian jugak kalau orang datang tak buat apa2..takkan nak hidang biskut kering jer..kecuali dia datang tak bagitau..nasib lerr..:)


 Belanja pic selfie satu..pic perut belum ada lagi..ramai nak menengok perut ibu tua buyong ni..haha..nanti-nanti la..sabar ya..Perut Umi tak nampak sangat..memang dari dulu lagi...kalau mengandung perut tak seberapa..sama naik ngan atas..sebab tu tak nampak perut..hahaha..




10 comments:

  1. sentiasa gojes lah.. makin berseri2 muka Kak Sura.
    Moga mama dan baby sentiasa sihat k~

    ReplyDelete
  2. Ha tengok la ibu mengandung yanh sweet tu amboi Afif aksi boboboi tu pandai posing kan.. betul budak nak pegang dah bole jafi tok nujum dah sebab bole tahu apa akan jadi heeee :)

    ReplyDelete
  3. Maintain cun mak buyung ni..

    ReplyDelete
  4. Afif mesti gembira berganda dpt jumpa Along dpt menonton lagi. Dah makin besar dah tahu menikmati menonton Sura. Sayangnya pegang air tak kuat lagi sampai tumpah..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya mak buyong.Seronoklah anak2 sesekali bawa tengok wayang.kesian afif rindu kat along.

    ReplyDelete
  6. Dapat tengok wayang pun best juga apa Sura hihi....
    Baru nak cuti masak dah ada pulak org yg nak datang yek, terpaksalah cancel ek.... sabo je le...
    Saya kalau mengandung mcm tong Sura hihi, semua naik.

    ReplyDelete
  7. Lama gila dah kitorg x tengok wayang.. Rasanya sblm mengandung yg 1st dulu, haha~~

    Neways, stay healthy ok mommy buyong, hehe

    ReplyDelete
  8. Cukup suka Afif dpt tengok 2 movie lagi tu..
    Makan2 sama keluarga pun dah cukup buat mrk happy Sura..
    Ohhh mak buyong rupanya :)

    ReplyDelete
  9. afif nmpk happy sgt dpt tgok movie.budak2 asal bawak jalan je mesti suka..lgpun musim panas ni aktiviti indoor cam tgok movie je la kan yg boleh kita buat pun

    tak nampak perubahan pun mak buyung..comel macam selalu..sy ni haa kembang setaman.berat dh 80kg..hahaha..

    ReplyDelete
  10. Salam Kak..
    berseri2 ibu mengandung ni ye... hehe..
    seronok lah Afif dpt tgk movie.. sy tak bawa lg anak gi tgk kak. asyik janji je ni... hihi

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)