Thursday, April 4, 2019

Mengimbas Kenangan ~Dungun~

Assalamualaikum..
Minggu ni kuat  pulak ingatan kat Angah..rindu Angah..lalu ku mengimbas kembali kenangan menghantar Angah balik Dungun..ecece..kemain ayat..macam orang bercinta pulak..Tapi serius rindu sangat kat anak dara no 2 Ummi tu..

Hujung bulan 2 hari tu Angan dah mula Sem 3,misi menghantar anak dara  balik Uitm Dungun.Kali ni Ummi dah tak nak bermalam kat Dungun,nak bermalam di Kuala Trengganu pulak.Tukar angin.

Biasanya lepas hantar barang,Angah akan ikut kami balik Homestay,tapi kali ini terpaksa tinggalkan dia sebab kami ke Kuala Trengganu.Kesian pulak.,pagi ahad Angah ada kelas,kalau Umi tidur kat sini..pagi-pagi Abahnya boleh hantar dia pergi kelas.Ini jauh..Kuala Trengganu nak ke Dungun balik semata-mata nak hantar pergi kelas..memang tak la..hihi

                                                  Adik beriya-iya bye-bye Angah

Rasa jauh pulak nak sampai Kuala Trengganu dari Dungun.Hotel yang Ummi tempah..betul-betul tengah bandar.Lega sampai bila dah sampai..Nak berehat selepas 6 jam perjalanan.Lepas Asar Ummi keluar.Tak tahu nak tuju mana ..sekali sampai Pantai Batu Buruk.Along pulak tak ikut kami..kawannya yang belajar kat Uitm Kuala Trengganu ajak keluar.


                                   terselit jugak si kecik ni..nak amik gambar berdua pun susah..

Aisy dan Afif seronok main pasir..Abang Aqil tukang tengok.Ummi dan Abah boleh la dating kejap..haha..

Lepas anak-anak main kat situ.Kami pergi makan,time ni teringat dah kak Angah..Apa anakku makan kat sana..harap ada le Cafe buka..senang dia nak cari makan..Padahal masa tunggu boys main..Ummi dah Videocall dengan Angah!


Dah kenyang perut balik hotel..Tapi sebelum tu,sempat beli Sate ikan!nak makan kat Hotel.

Si Along tak balik lagi..tengah terfikir kat dia..Dia dah call..Videocall..tengah lepak-lepak lepas makan.Kawan Along 2 orang..Ezlin dan Zati..tanya Ummi beli tak Sate Ikan?sekali Ummi tunjuk satu plastik Sate Ikan!Kawan rapat Along(Geng Sekolah) 2 orang belajar kat Uitm Dungun..2 orang kat Uitm Penang,Along dan sorang lagi kawan dapat Uitm Shah Alam..Sorang ke India buat Dentist kat sana..tapi rasanya dah bali sambung sini.Semua buat Degree..tercerita pulak pasal Along and the Geng..ya lah..dah lama tak update pasal dia..last dulu kat blog..masa dia masuk Matrik Kuala Pilah.

Malam tu Along tak balik Hotel..tidur Kolej dengan kawan dia.Esok pagi kami plan nak ke Pasar Payang je.Cari makan dan cuci mata..cuci poket sikit..hihi
penat main semalam..tak nak bangun
Afif pon tak nak bangun..sedap tidur

Along ajak bergambar sebelum checkout

Sampai kat Pasar Payang,tak tahu nak makan apa..huhu..tak banyak pilihan bagi Ummi.Time makan banyak ambil video je..so tak de gambar nak tepek..

Lepas makan..barulah cuci mata cuci poket..masing-masing dah dapat apa nak.Masa berjalan menuju ke kereta..nampak orang jual durian..terrbeli la pulak..yang siap packing 3-rm50 D24
Cik Abe bising jugak..sebab nanti busuk dalam kereta..Tapi Ummi cakap nak makan dalam perjalanan ..baru dia diam.

tengok tu..ada jugak si kecik menyelit..

Perjalanan balik Port Klang rupanya banyak persinggahan..bila nak lalu Dungun balik..Ummi rasa nak singgah jumpa Angah.Boleh ajak makan durian sekali..Call Angah..kelas dia dah habis..Yeay..Ummi dapat jumpa Angah lagi..

Kami lepak kat Pantai depan Uitm..makan Durian ditemani angin laut..Lepas makan tu..barulah kami meneruskan perjalan balik.


Sudah cukup Ummi berterobek..Ini pun dah buat Ummi gembira..terasa cam baru je hantar Angah bila coret kenangan tu kat sini.

Jumpa lagi...
~UmiSura




11 comments:

  1. amboi..sambil hantar angah sempat cuti2 malaysia..hehe..angah nnt snang blik klate..dah dekat dah tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu..susah nak suruh balik sendiri umah nenek..

      Delete
  2. Replies
    1. Betul..Pantai kat Trengganu ni..semua cantik2..

      Delete
  3. Alahai kecil je umi dia gambar dgn along.. bila tinggalkan anak Kat asrama tentu hati terasa sayu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Uminya katik dan kembang..
      memang selalu teringat..bila anak jauh dari kita..

      Delete
  4. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Lama sungguh tak bermusafir ke terengganu. memang negeri ini byk tempat yang menarik. pantainya pun cantik-cantik..

    ReplyDelete
  5. Oh Angah belajar kat UITM Dungun eh.... sekejap je dah sem 3 kan. Nama pun ada anak kecik 2 orang hihi... jangan berangan nak berdating berdua yeh hihi

    Rindunya nak gi Terengganu. Kita nak makan celup celup tepung dengan sata tu. Dah terbayang ikan kembung gemuk celup tepung.

    ReplyDelete
  6. nasib baik beli jugak durian tu kan..boleh mkn dgn Angah.

    dah bertahun tak jejak terengganu...rindu pulak.

    ReplyDelete
  7. gitulah kan ibu dengan anak, duk fikir kan depa je walaupun baru je jumpa, nak makan pun teringat anak-anak :(

    ReplyDelete

Ummi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)