Wednesday, December 24, 2014

Kelantan Dah Diisytihar Darurat!

Assalamualaikum..
Bismillahhirahmannirrahim..

Hati ini tak senang nak bekerja bila melihat negeri kelahiran teruk dilanda banjir..Kalau banjir biasa ..tu dah biasa..orang Pantai Timur rasanya dah biasa..tapi banjir kali ni luar biasa..

Nasib rumah mak tak kena..risau jugak keadaan rumah Umi disana..dah separuh tenggelam agaknya..
Hari ni terasa lemah jari jemari..asyik duk intai Fb..Baru tadi Umi dapat sumber dari FB..katanya dari TV Al Hijrah..Kelantan dah diisytihar darurat..Kesiannya mangsa banjir..Gua Musang ,Kuala Krai..lumpuh..perjalan darat dah terputus untuk ke Kelantan..hanya udara sahaja..

Malam ni air pasang lagi..tak taulah macamana..moga semua disana bersiap sedia mengadapi segala kemungkinan..Ya Allah selamatkan mereka semua..

  gambar dari Hospital Kuala Krai..anak buah Umi SN kat sini..takleh gi kerja..balik semula ke Kota Bharu..


                                            antara perbualan kami..

Rasanya itu sahaja yang Umi nak share..kalau nak tengok gambar banyak2..korang boleh tengok kat FB..Mohon semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan untuk semua mangsa yang terlibat negeri-negeri yang terlibat..

Wahai bumi telanlah airmu,Dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanMu..

Ya Allah redakanlah bencana yang kami alami..lindungilah kami semua..elakkan drpd berlaku  bencana2 yg lebih besar dari biasa..kasihanilah kami semua Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya..bantulah mangsa2 bencana alam..kami mohon kepadaMU..Engkaulah Maha Pengasih Dan maha Penyayang.makbulkanlah doa kami..amin Ya Robbal 'alamin..

#Hatikudisana.ingin bersama rakyat Kelantan..tapi apakan daya..hanya doa kuutuskan..

6 comments:

  1. tula kan kak sura..teruk banjir kali ni di kelantan..semoga mangsa menghadapinya dengan tabah

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dalam keadaan selamat
    Hopefully bencana ni cepat2 reda
    Hati2 mereka2 yang berada dalam kawasan banjir

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... kalau spital pun banjir tinggi sedihnya kakak membayangkannya Sura. Moga tak adalah yg terkorban itu aje yg kakak harap. Dan moga cepatlah surutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sangat takde nyawa yg terkorban..harta kita boleh cari..

      Delete
  4. kita yg takde pertalian saudara ni pun sedih tgok,inikan pulak kak sura yg keluarga kt sana..risau kan..harapnya dipermudahkan

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)