Tuesday, September 2, 2014

Penyatuan Dua Jiwa.

Assalamualaikum semua..
Rasa cam lama dah tak keudara..rindu pulak nak menulis walaupon kerja tengah banyak..
Disini..di blog ni..Umi nak abadikan kisah cinta dua jiwa yang sudah sah dalam ikatan..Kisah perkahwinan anak sepupu Umi.Selepas isyak malam hari jumaat kakchik(panggilan dalam keluarga)selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz.Tapi sebelum akad tu berpeluh-peluh dan pucat penganti lelakinya ditanya berbagai-bagai soalan..

Kali ni kenduri pakai catering..so bolehlah kitarang semua nak melawa..kenduri sebelum ni..ramai yang jadi orang dapur..belakang tabir..tak boleh nak tepek bedak tebal-tebal..masing-masing sibuk bersilat didapur..kali ni memang best...hehe..masing-masing boleh bergaya dan perasan ala-ala datin..Memang Umi dan kakak Umi pernah bersuara sebelum ni dengan abang Kamal(sepupu)..Kalau buat kenduri kawin lepas ni pakai catering..sebab kali ni kitarang nak melaram pulak..kenduri yang sebelum ni kakak Umi yang teruk..sampai ke akhir kenduri dia sibuk didapur..tak sempat nak berjumpa saudara mara yang datang.

Kenduri anak sepupu ni..memang ramai sepupu-sepupu belah Umi..kitarang bagai adik beradik.Apatah lagi bila sama-sama duduk diperantauan.Sepupu Umi yang buat kenduri ni pon dah  beli rumah kat sini..kira dah jadi orang sini.

Biar gambar lah pulak bercerita...korang layan ni..

Ini masa malam akad nikah




   inilah kakak Umi..dia sponsor roti canai 300 biji malam tu..saper yang nak makan roti canai boleh order jer kat situ..tukang tebar roti canai dah bersedia kat situ..ada yang order roti canai letak telor 2 bijik..memang meriah..ada pilihan nak makan nasi atau roti canai.


Ini pulak gambar hari kenduri..

                                         Inilah pasangan pengantin..along jadi pengapit..




ini dia pengantin...



                                                  kawan-kawan kerja datang.
Oklah..dah banyak tepek ..kang ada yang juling nengok gambar..nanti rajin Umi sambung lagi..*-*


12 comments:

  1. alololooo comey kecik je pengantin... semoga bahagia till Jannah, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. comey pengantin..akk pun comey gak
    suka tgk muka akk..tenang je :)

    hahahah betulllah lau pakai katering boleh lah melawa..xde keje nak buat..lau msk sndiri dah tunggang langgan berpeluh mak ekeke

    ReplyDelete
  3. pengapit tu cantik la..hehe..
    selamat pengantin baru buat anak spupu umi

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. Selamat pengantin baru buat mereka~
    Kak Sura dan anak2 dara kemain comel lagi~ sama2 vogue dengan pengantin.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Sepupu memang rasa macam adik-beradik Sura. Apa lagi kalau duduk dekat.

    Muka kakak Sura sama dgn Sura berbanding along beza dgn Sura. Yelah adik-beradik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..muka sura sama ngan kakak..masa muda mudi dulu lagi nampak sama..skrg ni dah kurang sikit..along tu memang beza ..ikut abahnya..:)

      Delete
  6. Tahniah dan selamat pengantin baru.. moga kekal bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  7. kecil molek jer pengantin nyer... :) semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  8. Nampak banyak canopy tu mesti besar besarankan Sura...
    Betul....kalau tk pakai katering mmg tak boleh nak bergayalah kitanya hehe

    ReplyDelete
  9. cantik..
    selamat pengantin baru...

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)