Friday, March 14, 2014

Dugaan datang dan pergi..

Bismillahirahmannirohim...
Salam Jumaat penghulu segala hari..
Rasa lama bebenor nak mengambik mood nak menulis..apatah lagi BW..semuanya kelaut..tapi petang ni dengan semangat yg tak berapa nak ada ni..Umi kuatkan jugak untuk mengupdate...Sebenarnya bukannya faktor kemalasan tapi sebab bermacam-macam dugaan yang datang untuk menguji..

Jumaat lepas Afif dah mula tak sihat..asyik nak muntah.. jer..malam pulak dah mula panas..bila cakap adik demam ni..cepat-cepat dia amik syrup pcm dlm petiais..nak minum..cerdiknya adik..malam tu adik tidur cam biasa..Esoknya demam adik tak baik-baik lagi..kebetulan adik datang klinik dengan abah tunggu Umi habis kerja..Umi bawa jumpa doctor..masa tu mood adik x baik sebab tengok tengok Upinipin..terus buat hal..melalak..sampai duduk kat lantai bila doctor sambil hentak2 kaki..nak check pun susah...

Petang tu masa kat rumah Umi perasan ada bijik-biji macam ruam kat tangan..check kat kaki pun ada..dalam mulut ada ruam jugak..patutla adik sakit bila makan..Umi dah rasa agak tentu adik kena HFMD..
Bawak pergi jumpa doktor lagi..dan doktor pun sahkan...rasanya macam  baru baca blog zura(Nafira) yg anaknya Delisha kena..kali ni giliran Afif pulak..sebagai ibu of coz kita risau sangatt..

Memang mencabar jaga anak demam..tapi kali ni lagi mencabar..sebabnya bila mulutnya sakit dia tak nak makan ubat dan apa2 pun!!sebelum ni bukan main senang nak makan ubat..tapi kali ni..terpaksa mengepit...kena ada bantuan..sorang2 tak lepas..ubat dah satu hal..makan pun satu hal..macam2 pujuk..tapi tak makan jugak dari bubur,berger kegemaran, dan macam2 lagi..semua dia  tolak..susu badan pun dia cakap x sedap..susu botol pun sama.Risau dibuatnya bila dia tak nak makan..2 hari tak makan..minum air masak jer sikit..terus susut badannya..dah la awak tu tak berapa nak besar..

Isnin terpaksa Umi cuti..kalau demam biasa biasanya hantar jugak kat rumah ibu..tapi dah special kes camni..kena la jaga sendiri..kang semua jangkit kat rumah ibu tu..nasib baik hari isnin dah mula nak makan sikit2...tu pun biskut jer..apappun Umi bersyukur sangat bila dia dah mula makan biskut tu..Ingatkan 2 hari tak minum susu badan dia dah nak berhenti..rupanya tidak..bila mulutnya dah tak sakit mulalah dia melekat jer..Selasa Umi mula kerja balik..Afif ..abahnya jaga..tapi dugaan Allah datang lagi..sakit lama Umi datang menjenguk lagi..lutut buat hal..sebenarnya dalam 2-3 bulan ni selalu jugak kena..sampai doktor inject baru boleh jalan..kalau tak sakit sangat..tapi kali ni teruk..sampai tak leh jalan..rabu doc suruh mc..

Sebenarnya sakit Umi ni sakit lama..lepas bersalin abang Aqil..anak k3 UMi dah kena..Umi pernah terjatuh masa baru lepas pantang..landing pakai punggung..tu la puncanya..kaki kiri yg effect..cepat lenguh..sakit..lama-lama ketara kaki kiri ni cam besar sebelah..pergi Hospital buat MRI..tak de apa2 tapi sakitnya tak hilang..kadang2 sampai ke tulang punggung...Kali ni  lutut pulak..pasal ubat tak yah cerita..cam2 doc suruh makan..tapi Umi  jarang amik painkiller..just in case tak tahan sangat..sekarang ni doc suruh amik omega..3 bijik pagi  dan 3 mlm..dan ubat untuk tambah lendir lutut...terasa cam dah tua sangat bila kena amik ubat cam tu..huhuhu... nasib badann...

#sepanjang cuti asyik duk depan tv menunggu berita terkini pasal #MH370#
#never lose hope#prayforMH370#

TQ sudi baca n3 panjang2 ni..:)

tepek gambar Afif masa x sihat aritu..

6 comments:

  1. Kesiannya Afif... itulah auntie rasa macam dah lama umi tak buat N3. Jenguk juga tengok muka Afif kat profile fb umi (auntie suka gambar ini).

    Kalau dah mulut yg sakit Sura memanglah susah nak makan dan telan ubat. Harap terus sembuh dan tak berulang..

    ReplyDelete
  2. sian afif..zura pun kalu time anak2 demam, kami laki bini bergilir cuti jaga anak..

    kesian jgk kat akak..sakit lutut tu akak dah try berurut ker ? zura ni pun slalu gak lenguh kat tapak kaki..biasanye lepas gi rendam dlm kolam air panas, elok la dia.. lps bersalin ni mmg byk sakit situ sini kan...

    ReplyDelete
  3. ciannya afiff dmm..moga cepat sembuh..aamiin

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)