Monday, February 17, 2014

Semalam..

Selamat Petang semua..bersiaran di waktu petang..tercari-cari masa untuk menulis .Selalunya idea nak menulis banyak tetapi bila masa nak menulis semua tercampak entah kemana..maka jadilah n3 tepek gambo jer..kalau ikutkan memang banyak yang Umi nak bebel dan berkongsi kat sini tapi nak buat cam mana kekangan masa..kat rumah memang terus offline..

Hari ni takde cerita best cuma nak kongsi gambar semalam.Semalam petang Umi sekeluarga keluar mencari baju KRS abang Aqil..mula-mula ke Giant..ada kedai Canggih kat situ..masuk ni dah 3 kali tanya pasal baju koko tu..jawapannya sama ..takde stok kecik .tak sampai lagi..naik menyampah pulak Umi..setiap kali pergi itulah jawapanya..pastu tu sibuk cakap keciknya..darjah berapa ni..masa dulu tanya o.k la lagi..tapi bila dah banyak kali..malas dah nak layan..memang Umi akui Aqil ni kecik orangnya..dah Allah jadikan dia kecik comel gitu..nak buat camner..Umi takut Aqil menyimpan perasaan sedih bila ramai yang tanya cam tu..sebab dia pernah cakap..lepas sunat ni Aqil nak jadi besar..sayu pulak hati Umi ni..

Dah takde kat situ Umi cadangkan En Somi pergi Plaza Alam Central..kat situ pun ada kedai Canggih..sambil tu boleh la makan-makan kat Ani Sup Utara..lepas makan naik tingkat satu..jawapannya pun sama..memang kecewa..sebab dah penat berjalan tapi tak jumpa-jumpa..last last Along dan Angah jugak untung..beli barang untuk diarang pulak..

En Somi pulak terlebih rajin semalam..dah tak de kat situ rajin pulak dia bawak pergi JJ..sebab Umi pernah cakap dengan dia ada kedai OutPost kat JJ..Kami pergi JJ Bukit Tinggi..alhamdulillah rezeki Aqil..banyak ada stok baju koko kat sini..takde nak tanya budak tu kecik ke besor..baju tu memang banyak kat sini..kalau tahu ada kat sini..dari mula lagi dah datang sini..tak payah nak cari kedai Canggih..asyik takde stok masa beli baju sekolah lagi..berapa bulan diarang cakap dah tempah tapi tak sampai-sampai..tak tau la gaya meniaga macam mana gitu..

Banyak pulak bebel ..Jom layan gambo pulak..


Afif cakap..busuknya bau ikan..sambil tutup hidung...



                                                    dah pandai buat muka garang..



#seksanya hari ni nak prabis buat n3..sampai dah nak balik baru siap..huhu#

14 comments:

  1. Comelnya Afif, betul bila dah berdepan blog, idea tergelam timbul kdg2.

    ReplyDelete
  2. Salam Sura.,.sama la dgn anak atie yg pompuan tu,nk cari saiz kasut dia punya la susah..dr sek rendah sampai la sek menengah sbb orgnya kecik gak!
    Klu jumpa mesti org tak percaya dia form5..ingat tahun 6 jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kadang2 sura dah naik malas dah nak jawap bila orang tanya dan cakap benda yg sama..sabau jelahh..:)

      Delete
  3. Oit... Garangnya muka Afif. Fiza kak... Kalau selalu sgt takde stok. Sah tak pegi lagi dah tempat mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni memang dah tak nak pergi dah..menyampah pun ada..tapi kaksura pelik sebab mcmana diarang tak de stok sedangkan kedai lain ada..

      Delete
  4. grrr geram tgk kecomelan budak dalam troli tu hehehhe

    ReplyDelete
  5. Berbaloilah,kn.pnt cri akhirnya jumpe.x pernah try,cri kat jln taiping klang ke kak.rasanya mcmmada kdai uniform,tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada tapi sebab hari ahad takut kedai tutup..lagi pun malas nak masuk klang..

      Delete
  6. Tempat kakak ni ada 2-3 kedai just jual uniform ko-ko jadi senang Sura tak payah mencari dari satu komplek ke satu kompleks.

    Eleh... Afif buat muka garang pun auntie tak heran. Kalau dekat mahu auntie gomol aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini pon banyak kedainya..baju koko lain melambak..yg kita nak tu yg takde..:(

      Delete
  7. dulu masa zaman study kt uitm, Ani sUp utara la tempat makan feberet zura ngn kengkawan...tp srkg mknn kt ani tu rs cm dh tk berapa sedap cm dulu...

    ReplyDelete
  8. fizikal kecik ke bear takde hal kak sura asalkan keyakinan kena tggi..kena slalu ckp dekat aqil,apa ada pada fizikal yg besar,kecil pun comel..janji sempurna tubuh badan..

    comel betul la afif.buat apa gaya pun comel..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akak slalu cakap ngan dia..tak pe badan kecil..otaknya sama jer.. kena rajin semua boleh pandai..:)

      Delete

Ummi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)