Thursday, November 28, 2013

Di Suatu Pagi..

Minggu lepas semasa tengah menyental sinki kat bilik air(sebelum pergi kerja) seperti ada gegaran..selepas itu terdengar pulak bunyi jeritan yang bising..lantas Umi keluar untuk menyiasat bercampur dengan tak sedap hati..apakah bunyi bising itu..rupa-rupanya bunyi bising tu datang dari rumah di tingkat 3...Umi terdengar orang terjerit-jerit suruh buka pintu bilik..disebabkan pintu tu tak dibuka bukak..maka di ketuk-ketuknya pintu bilik tu bagai nak pecah..rasa cam bergegar pun ada..memang jelas sangat setiap kata-kata yang Umi dengar..bukan nak pasang telinga..tapi sebab dah kecoh..sampai bergegar bangunan macam nak roboh..Umi pun tergerak la nak tahu situasinya..keadaan rumah yang memang boleh dengar dengar jelas sekali..

Oleh kerana setiap tutur kata tu teramat jelas jadi Umi dapat simpulkan perkara yang terjadi..apabila pintu bilik anakdara dibuka maka terlerailah segala yang si Ibu tu bimbangkan..Maka menangislah si Ibu  tu sambil membebel ..Si anak dara membawa orang yang tak sepatutnya kedalam bilik tidur!!Semasa Umi dengar si ibu tu bising-bising kat anaknya..Umi seolah boleh merasai apa yang dia rasa..marah dan tentunya sedih dengan apa yang berlaku..perasaan takut pun ada..

Umi berkongsi kisah ini bukannya berniat nak memburukkan sesiapa..hanya nak mengambil sebagai pengajaran buat Umi dan untuk kita semua. Sebagai seorang ibu dan bapa tentunya tidak mahu benda-benda begini berlaku didalam rumah kita.Memang Umi risau bila terdengar perkara begini..dan Umi dapat tahu rupanya perkara yang berlaku ini bukannya kali pertama ..sudah banyak kali berlaku..cuma si ibunya baru tahu dan dapat menangkapnya...Sebenarnya Umi pun tak kenal sangat dengan jiran tu.dan kurang mesra dengannya.Pabila bertembung Umi ada juga lemparkan senyuman dan menegurnya..tapi nampaknya dia macam tak berapa nak balas..cam nak tak nak jer..takpelah..Umi tak kisah pun..tapi bila melihat anak pompuannya  seksi(kalau kekedai pakai short pant/legging) buatkan Umi  tak senang..tak sedap mata memandang..contoh yg tak berapa elok buat anak-anak..

#Tak nak bebel banyak2 dah..kang apa pulak korang semua fikir pasal Umi..cam la baik sangat.sebenarnya Umi takut sebab Umi pun ada anak dara#
Sama-sama kita ambil ikhtibar...Ya Allah .jadikan zuriat-zuriat kami anak2 yang soleh dan solehah..penyejuk dimata dan penawar dihati..



19 comments:

  1. moga kita semua djauhi perkara2 yabg xelok...aamiin

    ReplyDelete
  2. bawak balik jantan ke umah ?? hebat2... berani sungguh yerrr.. nauzubillahminzalik

    ReplyDelete
  3. Memang menakutkan Sura. Sama anak kakak semuanya anak dara takut. Iman tak boleh dipupuk sehari-dua. Kena dari dlm kandungan baru menjadi. Tak boleh juga sikit-sikit tapi kena berterusan selagi nyawa ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakzakie..kalau dah ada Iman..kemana sahaja akan selamat..itu yg selalu sura ckp pada anak2..kalauduk kat rumah Umi dan Abah ada untuk menjaga tapi bila dah kat luar hanya Iman yang dapat membendung dari melakukan perkara2 yg tak elok tu..jadi kenalah kuatkan iman..

      Delete
  4. Lorr,saya ingt rumah trbkar td,,mtk tolong..sabo je bdk2 skrg ni..bkn x malu je,,tp x takut lgsng kn..k.sura ada ank 2 dara ..brp da umur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sulong tahun depan Spm..no 2 tu PBSMR tahun depan..

      Delete
  5. Bawah tu Sura ngan anak ke...macam adik beradik je gayanya...
    Betul tu Sura....yg buruk jadikan sepadan,...tak terniat nak mengata ke apakan...kita sendiri pun ada anak...Takutkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambo tu..anak2 dara sura..Along dan Angah..

      Delete
  6. Ya Allah~ takutnye kak~
    zura pon ade anak perempuan jugak.
    ini lah yang paling zura takut. huhuhu.
    kena belajar lebih lagi dlm urusan mendidik anak2.
    Moga Allah bantu kita semua kak~ Amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul zura.kena amik tau dan belajar cara mendidik anak2dengan betul..yang paling penting adalah ajaran agama..

      Delete
  7. Astaghfirullah. semoga perkara yang tak diingini macam tu dijauhi dari kiter semua.

    ReplyDelete
  8. moga d jauhkan kak..kadang2 benda mcm tu kita kena ambil tahu..bukanlah semestinya nak jaga tepi kain org lain tapi kita sbagai jiran harus tahu..

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah kita dulu x buat mcm tu, itu pun parent still risau. kita sama2 doakan yg terbaik untuk anak2 kita ya.

    ReplyDelete
  10. Mmg merisaukan perkara mcm ni.. sy ada 3 anak perempuan, 1 lelaki.. yg perempuan takutlah rosak & yg lelaki takut juga klu2 merosakkan anak org pulak.. nauzubillah.. t kasih diatas perkongsian, semoga menjadi peringatan & kita semua dijauhi dari perkara yg x baik spt ini.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. risaukan Khir..anak lelaki atau perempuan sama sahaja...semoga kita semua menjadi ayah dan ibu yg dapat memberikan didikan yg terbaik untuk anak2..selebihnya mereka sendiri..yg penting kita dah sedaya upaya..

      Delete
  11. Ya Allah... Na'uzubillah. Minta2 dijauhkan perkara macam ni kak. Fiza pun ada anak pompuan even kecik lagi. Takutla benda mcm ni.

    ReplyDelete
  12. yelah kak
    doakan anak2 kita dijauhkan dr perkara2 yg tidak baik aminnn
    ada jugak ibu bapa yg xamek berat kes mcm ni..ada yg sporting biar anak2 cam tu tp ibu anak tu mmg amek berat anak2 dia..so baguslah cam tu

    ReplyDelete
  13. nauzubillah, mntk2 dijauhkan perkara yg bukan2 ni kak...anak2 kita membesar dlm zaman yang serba canggih, knea extra careful la kan..huhhuhuh

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)