Thursday, October 10, 2013

Boikot Produk Israel..Isu basi?

Bulan  lepas Along ada beli satu majalah kat sekolah..lupa la pulak apa kenama majalah tu..Majalah tu sangat bagus dari penelitian Umi.Antara rencana yang menarik perhatian adalah Boikot Produk Israel..penulisnya sangat pandai menulis dan penyampaiannya sampai kepada kita dengan terang(tak tau la orang lain)sebabnya Along pun sangat faham apa yang ingin disampaikan oleh penulis tu..dan dia sangat beria-ria berbanding Umi..terus dia suruh Umi mempraktikkan apa yg tulis dlm rencana tu...

Sebelum kita memboikot produk Yahudi tu..kita mesti tahu kenapa kita mesti boikot produk Israel?Disini umi nak kongsi sikit hasil dari pembacaan Umi..boikot adalah satu tindakan memulau produk buatan mereka dengan tidak membelinya atau menyumbang kepada kos-kos peralatan pembunuhan rakyat pelestin dan umat Islam lain..

Bagi Umi memang susah untuk membuat perubahan besar sebab dari kecil lagi memang kita dah terbiasa pakai produk tu..selain mudah didapati dimana mana.Memang perlu kuat!!bila tengok senarai barangnya..memang banyak yg dipakai/guna dirumah..Umi amik cara perlahan-lahan nak membiasakan diri..Contohnya..Umi suka pakai Dynamo dan Downy...yg mana produk tu antara barangan dalam senarai tu..terpaksala Umi kena cari jenama lain pasni..masih pakai lagi sebab nak abiskan stok lama..kebetulan beli 2 botol besar Dynamo..softener Umi dah tukar tapi tak puas hati dgn baunya..nak kena cari jenama lain lagi lepas abis ni..Umi ada jugak cakap ngan Along memang tak best pakai yg lain sebab dah terbiasa dengan yg tu..pandai pulak Along menjawap..memang cara gitulah barang2 tu mengoda kita..haruman yg wangi2 yang kita suka..kita kena teruskan jugak..kata Along..amboi..ini anak dah mengajar mak ni....takpela  ada betulnya Along ckp tu..

Kalau umi nak sebut satu2 barangan nya memang byk..yg mampu kongsikan ialah ingatlah jenama yg besar2..Syarikat inilah yg mengeluarkan produk-produk kecil yang lainnya.Antaranya adalah Colgate-Palmolive,Unilever,Nestle,F&N,Sara Lee,Danone,Johson & Johnson,Kinberly Clark,Disney,IBM,Loreal..Boss..banyak la lagi ..carik  jer kat google tu...Umi senang kalau keluar shopping..sebab Along jadik penasihat..dia cakap dia dah hafal barang boikot ni..Umi suka semangat Along..Pizza,Mc D,KFC..semuanya termasuk dlm senarai ni.dulu masa ramai dok boikot McD Umi sekeluarga pun turut serta jugak..lama kitarang tak makan ada dekat setahun..pastu teringin sangat nak makan ..jadik start balik makan McD..tapi Umi cakap ngan anak2..kita tak leh selalu makan..kalau boleh setahun sekali dua jer..tu pun kalau terliur sangat..tapi boleh ke?Umi pun tak tau jawapannya..

Apapun Umi cuba menyahut pemboikotan ini...Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami..
Ayuh semua sama-sama kita gencarkan lagi tindakan memboikot barangan Israel..Ini bukan isu bermusim..atau isu basi..Tindakan memboikot produk Israel adalah satu tindakan yang mampu membantu menyekat kewangan Israel untuk memusnahkan umat Islam khususnya di bumi Palestin..

"Orang cerdik mencari jalan,orang bodoh mencari alasan."



16 comments:

  1. saya pon sama gak kak buat hangat2 taik ayam skrg ni dh start beli balik brg2 yahuda. susah nak tinggal sebab semua barang keperluan yang memang kita suka tapi insyaAllah nak cuba , even tesco pon yahudi so macam na .. susah kan kak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus..sama2 kita cuba..akak suka anakmuda yg ada semangat camni..:)

      Delete
  2. Bg saya...isu ni takan pernah basi smp bila2....
    Sy akan boikot smp bila2...
    Huhuhuhuhuhu
    Tp terpulang pd hak masing2 la kan? Spe kita untk memaksa..
    Tol x kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..satu respek kaksura untuk adik..:)

      Delete
  3. betul tu, jom boikot israel.. gunakan barangan buatan malaysia..

    ReplyDelete
  4. banyaknya barangan mereka, semua boleh dikatakan kita guna, kita je kak yang boikot mereka, tapi bangsa cina india, tetap juga memeriahkan barangan mereka. tu mcd, penuh kaum dia je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebabnya Israel tak bermusuh dengan agama mereka..:)

      Delete
  5. terkejut jgak tgok..betol ke smua senarai kt atas tu produk israel?? kfc pn sma?? hm ford tu kalau xsilap negara America yg bt..blog sy dah la ada levi's hu3..musykil pn ada..ni 1st time sy tgok yg ada semua ni..sblum ni xde pn..nice sharing kak Sura =) trima kasih atas prkgsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak produk yg menyumbang kepada ekonomi Israel..pandai2 lah pilih..akak pun byk guna..slow2 la kita tukar..memang susah nak terima pada mulanya..contohnya ubat gigi..rasanya dah byk produk ubatgigi daripada orang kita..mulakan dengan yg kecil2 dulu..

      Delete
  6. owwhhh xprasan ada usa kt sblah..hak r..bru terjawab..rupanya msuk brang usa juga..ok2.. =)

    ReplyDelete
  7. Banyaknya.. insuran AIA tak boleh kata apa. Insuran syarikat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la memang banyak..nak tukar yg biasa kita guna memang susah..tapi cubalah perlahan lahan..:)

      Delete
  8. Tulah .....nak kata menyokong 100% tu tak jugak sebab kadang tu masih makan kat Pizza, KFC, Mc D bagai tu...so cam ne tu Sura hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu la Sura ckp ngan Along..kita cuba setakat termampu..tang KFC,Pizza n Mc D..tu yg payah..tapi buat permulaan kurangkan kekerapan makan fast food tu..lagi elok jugak untuk kesihatan..;

      Delete
  9. boikot kt msia ni mcm bermusim la... kalu time media dok hebohkan pasal penderitaan rakyat palestine mula la boikot.. pastu beli semula....

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)